Hospital Permai Johor Bahru

kkk

Gangguan Obsesif Kompulsif Obsessive Compulsive Disorder(OCD)

OCD merupakan sejenis gangguan mental dimana individu mengalami antara 2 komponen utama iaitu obsesif dalam bentuk pemikiran, keinginan atau bayangan yang tidak diingini ataupun perbuatan kompulsif secara berulang-ulang atau bertindak terdesak terhadap pemikiran obsesif atau bertindak mengikut peraturan yang amat tegar.

Gangguan ini amat menghabiskan masa dan boleh menyebabkan individu mengalami stres dalam kehidupan dan gangguan kepada kehidupan seharian.

Tanda-tanda OCD

Individu yang mengalami OCD mungkin mempunyai gejala-gejala obsesif (taksub), kompulsif atau kedua-duanya. Gejala-gejala ini boleh mengganggu semua aspek dalam kehidupannya seperti kerjaya, persekolahan dan hubungan dengan orang lain.

 

Obsesif (Ketaksuban) merupakan pemikiran, keinginan atau bayangan yang menyebabkan perasaan risau. Contoh gejala ketaksuban adalah seperti berikut:

-Ketakutan terhadap kekotoran/pencemaran

-Ruminasi dan pemikiran terlarang/pantang larang (seks, keagamaan atau kecederaan)

-Pemikiran agresif terhadap diri atau orang lain

-Simetri dan susunan

 

Kompulsif (paksaan) adalah tindakan atau perbuatan berulangan dimana seseorang yang mengalami OCD berespon terhadap pemikiran obsesif. Contohnya:

-Pembersihan atau mencuci tangan secara berlebihan

-Menyusun dan mengatur sesuatu dalam cara yang khusus dan tepat

-Memeriksa secara berulangan, seperti memeriksa samaada pintu dikunci atau dapur ditutup

-Pengiraan yang taksub 

 

Bukan semua tabiat atau ritual adalah taksub. Kekadang kita membuat pemeriksaan untuk kepastian. Untuk individu yang mengalami OCD:

-Mereka tidak dapat mengawal pemikiran atau perbuatan kompulsif, walaupun mereka sedari pemikiran atau perbuatan itu adalah berlebihan.

-Menghabiskan masa sekurang-kurangnya sejam setiap hari dalam ketaksuban dan perbuatan paksaan tersebut

-Tindakan kompulsif tersebut tidak mengundangkan rasa gembira malah ia hanya dapat mengurangkan rasa cemas daripada pemikiran obsesif

-Mengalami masalah yang ketara dalam aktiviti harian disebabkan pemikiran obsesif dan perbuatan kompulsif

 

Sesetengah individu yang mempunyai OCD mungkin mengalami masalah atau gangguan tik (kenan). Tik fizikal merupakan pergerakan yang mengejut, singkat dan berulang; contohnya tik fizikal ialah kerdipan mata, muka meringis, mengangkat bahu dan menyentak kepala dan bahu. Antara tik vokal yang biasa dijumpai adalah bunyi berdehem,menghidu atau merengus secara berulang-ulang.

Faktor-faktor Risiko

OCD merupakan gangguan yang boleh berlaku dalam kalangan dewasa, remaja dan kanak-kanak. Kebanyakan individu mendapat penyakit ini sebelum berusia 19 tahun. Kajian menunjukkan gejala-gejala OCD muncul lebih awal dalam kalangan lelaki daripada wanita. 

 

Penyebab gangguan OCD masih belum dijumpai, walaubagaimanapun, beberapa faktor-faktor risiko telah dikenalpasti:

 

1.Genetik

Kajian telah menunjukkan individu yang mempunyai saudara terdekat (seperti ibu bapa, adik beradik dan anak-anak) yang mengalami OCD adalah lebih cenderung untuk mengalami keadaan tersebut juga.

 

2. Struktur dan fungsi otak

Didapati beberapa perbezaan di struktur frontal cortex dan subcortical otak pada individu yang mengalami gangguan OCD dengan struktur otak yang normal di kajian pengimejan. Kemungkinan wujudnya hubungan antara gejala-gejala OCD dengan kelainan struktur-struktur diotak, namun hubungan tersebut belum terbukti lagi dan tidak jelas.

 

3. Persekitaran

Pengalaman trauma pada zaman kanak-kanak telah dikaitkan dengan kecenderungan untuk menghidap OCD dalam beberapa kajian. Namun kajian yang lebih diperlukan untuk lebih memahami hubungan dan kaitan tersebut.

Rawatan dan Terapi

OCD kebiasaannya dirawat dengan ubat-ubatan, psikoterapi atau kombinasi gabungan. Kebanyakan pesakit OCD menunjukan respon yang baik terhadap rawatan, tetapi, sesetengah pesakit yang menerima rawatan masih lagi mempunyai gejala OCD.

 

Untuk pengetahuan anda, individu yang mengalami OCD juga boleh mempunyai gangguan mental yang lain seperti kegelisahan (anxieti), kemurungan, dan kecelaruan dismorfik badan (body dysmorphic disorder), dimana seseorang mempunyai kepercayaan yang palsu terhadap bahagian badan yang tidak normal. Komorbiditi ini adalah penting untuk diketahui kerana ia mempengaruhi rawatan OCD. 

 

1. Ubat-ubatan

Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) merupakan ubatan yang digunakan untuk mengurangkan gejala OCD

Ubatan  ini kadang digunakan dalam dos yang lebih tinggi berbanding dengan rawatan gejala kemurungan dan mungkin memerlukan masa yang lebih panjang iaitu 8-12 minggu untuk berkesan, namun sesetengah individu menunjukan respon yang lebih laju.

 

2. Psikoterapi

Psikoterapi merupakan satu rawatan yang efektif untuk dewasa dan kanak-kanak yang mengalami OCD. Kajian menunjukkan beberapa jenis psikoterapi seperti cognitive behavior therapy (CBT)  dan habit reversal training yang sama keberkesanan seperti rawatan perubatan. Exposure and Response Prevention (ERP) merupakan sejenis CBT yang mendedahkan individu dalam keadaan yang boleh mencetus perbuatan/tindakan kompulsif (seperti menyentuh objek yang kotor) dan dihalang untuk melakukan Tindakan kompulsif (seperti mencuci tangan). Sesi ini telah dibuktikan efektif untuk mengurangkan tindakan kompulsif dalam kalangan penghidap OCD dan juga mereka yang tidak menujukkan respon yang baik terhadap ubat SRI. 

Seperti gangguan mental yang lain, rawatan-rawatan ini haruslah diperibadikan dan rawatannya boleh dimulakan dengan salah satu jenis rawatan samaada ubat-ubatan atau psikoterapi atau combinasi kedua-duanya. Bagi kebanyakan pesakit OCD, EX/RP merupakan rawatan tambahan apabila ubatan SSRI atau psikoterapi tidak memberi kesan yang baik dalam mengurangkan bebanan gejala OCD.

Rujukan

https://www.nimh.nih.gov/health/topics/obsessive-compulsive-disorder-ocd

Skip to content