-Akta kanak-kanak &semua perundangan untuk kanak-kanak adalah berdasarkan “United Nations Convention on the Rights of the Child” (UNCRC)
-Diguna pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 November 1989 & ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia pada Disember 1994
-Malaysia terikat secara sah untuk meratifikasi UNCRC
Prinsip panduan utama Hak Kanak-kanak ialah:
“Dalam semua tindakan mempertimbangkan kanak-kanak… kepentingan terbaik kanak-kanak itu hendaklah menjadi pertimbangan utama” Perkara 12
-Di Malaysia 1:4 kanak-kanak (25%) didera secara fizikal & sekurang-kurangnya 1:10 kanak-kanak (10%) didera secara seksual (Amar Singh HSS,1996).
-Data kanak-kanak yang didera yang dilaporkan berjumlah 3000-4000 setahun & merupakan pecahan kecil (0.05%) daripada semua kes benar.
-Penderaan seksual & pedofilia juga kerap berlaku dalam konteks kanak-kanak dalam penjagaan, Rumah kanak-kanak atau kanak-kanak yang berisiko (anak yatim, keluarga ibu bapa tunggal, kemiskinan, anak gelandangan, pendatang, orang kurang upaya, dll).

-Penderaan fizikal
-Gangguan seksual
-Penderaan Emosi
-Pengabaian
Gangguan seksual
“Eksploitasi Seksual oleh mana-mana orang sama ada kepuasan orang itu atau untuk kepuasan seksual orang lain” “dan mengambil bahagian, sama ada:
-Sebagai peserta atau pemerhati,
-Dalam sebarang aktiviti yang bersifat seksual” (termasuk menonton pornografi)
Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)
-Telah berkuatkuasa mulai 10 Julai 2017
-Undang-undang ini bertujuan untuk melindungi kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah daripada jenayah seksual yang selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001
-Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak ditubuhkan pada 22 Jun 2017
-Mahkamah khas di Putrajaya dikatakan yang pertama dan Kuching adalah yang kedua seumpamanya di Asia Tenggara. Telah ditubuhkan di setiap negeri menjelang akhir 2018
-Mahkamah dilengkapi dengan “Court Recording Transcription” (CRT), serta sistem audio-visual dan bilik kanak-kanak, untuk membantu mempercepatkan prosiding kes.
Siapa Pelakunya?
-Orang asing – 11 %
-Orang yang Dikenali Mangsa – 89 %
Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)
-Pemakaian luar wilayah
-Kesalahan-kesalahan yang berhubungan dengan pornografi kanak-kanak
-Kesalahan-kesalahan yang berhubungan dengan Pengantunan Kanak-Kanak
-Kesalahan-kesalahan yang berhubungan dengan amang Seksual
-Orang yang mempunyai Hubungan Amanah
-Keupayaan dan keterangan saksi kanak-kanak
-Lain-lain

Istilah “Pendidikan Seks” menakutkan ramai, “Latihan Perlindungan untuk Mencegah Penderaan Seksual” diterima dengan lebih baik.
-Melalui Talian Nur – Dail 15999
-Melalui Hospital – Bawa anak ke hospital terdekat dan laporkan ke Jabatan Kecemasan/ Pesakit Luar
-Melalui Polis – Buat laporan polis mengenai penderaan yang disyaki, atau hubungi ‘999’
-“Child Safe: Equipping & Protecting our Children (Updated April 2018/Dato Dr Amar-Singh Hss)”
-MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia
-Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
-Safe 4kids