Kehidupan dengan Skizofrenia:
-Skizofrenia merupakan penyakit yang kronik dan boleh berulang. Perawatan antipsikotik adalah amat penting bagi individu dengan skizofrenia.
-Perawatan awal boleh memastikan prognosis yang baik untuk individu yang terlibat.
-Mengekalkan gaya hidup yang sihat seperti menjaga pemakanan, melakukan aktiviti fizikal dan senaman, menjaga perhubungan sosial bersama keluarga dan komuniti serta menjauhi pengambilan dadah adalah amat penting.
-Pengambilan ubatan secara baik dan mematuhi pelan rawatan adalah amat perlu bagi memastikan tidak berulangnya penyakit skizofrenia ini. Secara umumnya, individu dengan skizofrenia atau ahli keluarga, perlu memahami dan mengenali tanda-tanda penyakit skizofrenia bagi mendapatkan rawatan yang awal jika berulangnya penyakit ini.