WARGA HPG ORANG AWAM SWASTA
PENGURUSAN
PERUBATAN I
PERUBATAN II
HPG FORENSIC PATHOLOGY SERIES 2/2026 DIE ON THE ROAD : BEYOND THE CRASH WORKSHOP

HPG FORENSIC PATHOLOGY SERIES 2/2026 DIE ON THE ROAD : BEYOND THE CRASH WORKSHOP

Join us for an engaging academic session exploring the fundamentals of...
SAMBUTAN INTERNATIONAL PATHOLOGY DAY

SAMBUTAN INTERNATIONAL PATHOLOGY DAY

📢 JEMPUTAN PERHIMPUNAN BULANAN NOVEMBER 2026 & SAMBUTAN INTERNATIONAL...
PERHATIAN: PENYALAHGUNAAN IMEJ DAN MAKLUMAT HOSPITAL PASIR GUDANG OLEH LAMAN WEB TIDAK SAH

PERHATIAN: PENYALAHGUNAAN IMEJ DAN MAKLUMAT HOSPITAL PASIR GUDANG OLEH LAMAN WEB TIDAK SAH

Pihak Hospital Pasir Gudang ingin menarik perhatian orang ramai berhubung...

Hospital Mesra Ibadah (HMI)

Sedang Dikemaskini

Pain Free

Sedang dikemaskini

Pelan Tindakan Bencana

Sedang dikemaskini
BULETIN JABATAN FARMASI HPG VOL 1.2025
WAKTU MELAWAT

Isnin - Ahad & Kelepasan Am

12.30 t/hari - 2.00 petang 
4.00 petang - 7.00 petang 
4.30 petang - 7.00 petang (Rawatan Rapi ICU)

Kanak-kanak di bawah 12 tahun TIDAK DIBENARKAN melawat pesakit di wad untuk mengelakkan jangkitan silang (cross infection) & gangguan kepada pesakit

WAKTU KLINIK PAKAR
Isnin - Khamis
8:00 pagi – 1:00 t/hari 
1.00 t/hari - 2.00 petang (Rehat)
2:00 petang – 5:00 petang
Jumaat
8:00 pagi – 12:15 tengah hari 
12.15 t/hari - 2.45 petang (Rehat)
2:45 petang – 5:00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum
Tutup
     PAUTAN

UNIT PENYELIDIKAN (CRC)

Pengenalan

 

 

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:

 

Misi:

 

 

Objektif: 

 

 

 

Direktori

Emel: 

Nombor Sambungan:

 

 

JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

Pengenalan

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital Pasir Gudang (HPG) mula beroperasi pada 18 Mei 2026. Bertujuan untuk memberikan bantuan psikososial kepada pesakit dan/ atau waris semasa proses rawatan dan pemulihan. Bantuan psikososial ini melibatkan penilaian biopsikososial yang perlu dijalankan ke atas pesakit dan/ atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) sebelum intervensi bantuan dilakukan. PKSP bertanggungjawab kepada semua disiplin klinikal di HPG.  PKSP membuat jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi pemberi bantuan iaitu organisasi kerajaan (GO) dan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk mempelbagaikan sumber bagi membantu pesakit yang memerlukan. Pengurusan kes pesakit adalah mengikut Garis Panduan Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

 

Visi, Misi & Objektif

Visi:
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik

Misi:
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.

Objektif:

1. Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan

2. Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka

3. Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan

 

 

 

Direktori

Nombor Sambungan:

8211 (kaunter)

1082 (Ketua Jabatan, Jabatan Kerja Sosial Perubatan)

 

 

Perkhidmatan Kami

Sistem penyampaian Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan berdasarkan rujukan yang diterima dari pakar/ pegawai perubatan di HPG. Pesakit yang menerima perkhidmatan ini,  terdiri daripada pesakit dalam (wad) dan pesakit luar (klinik Pakar). Dokumen rujukan perlu dikemukakan secara manual atau elektronik oleh pakar/ pegawai perubatan di HPG ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP).

PKSP berperanan sebagai liason officer dengan pelbagai agensi pemberi bantuan dalam menguruskan bantuan kepada pesakit. Perkhidmatan ini merangkumi 2 perkidmatan utama iaitu :

a. Pengurusan Bantuan Praktik yang meliputi 3 bantuan:

i. Bantuan Kewangan

        Bantuan kewangan meliputi pembiayaan peralatan     perubatan, peralatan rehabilitasi, pembiayaan rawatan perubatan ,ubat-ubatan khas dan bantuan am

ii. Penempatan Institusi

      Intervensi bantuan penempatan institusi diberikan kepada pesakit terdampar (abandoned) dan kes yang memerlukan perlindungan (protection). 

    iii. Mengesan Waris

         Intervensi bantuan mengesan waris diberikan kepada pesakit yang tidak diketahui status dan maklumat waris atau penjaga bagi membolehkan rawatan  serta proses discaj dijalankan

b. Pengurusan BantuanTerapi Sokongan meliputi 3 intervensi:

    i. Khidmat Perundingan.
    ii. Sokongan Emosi.
    iii. Intervensi Krisis

Intervensi bantuan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes tertentu khususnya yang melibatkan isu perundangan seperti kes penderaan dan  pengabaian kanak-kanak, penderaan seksual, keganasan rumahtangga, kes ibu tanpa nikah.

 

Waktu Operasi

Isnin hingga Khamis
7.30 am - 1.00 pm 

Rehat
2.00 Pm - 4.30 pm

Jumaat 

7.30 am - 12.15 pm
Rehat
2.45 pm - 4.30 pm


*Ditutup pada hari minggu Sabtu, Ahad dan 

hari kelepasan am.

Piagam Pelanggan

1.Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi

2.Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan kes

3.Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi yang berkaitan, sumber sedia ada dan kelayakan pemohon

 

 

JABATAN DIETETIK & SAJIAN

Pengenalan

Jabatan Dietetik & Sajian merupakan salah sebuah jabatan sokongan klinikal di Hospital Pasir Gudang yang memberikan perkhidmatan dietetik sebagai sokongan klinikal dalam pemberian terapi pemakanan perubatan (Medical Nutrition Therapy) kepada pesakit. 


Perkhidmatan sajian yang mengamalkan sistem perkhidmatan makanan berpusat (centralized) sepenuhnya dan dikendalikan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Visi, Misi & Objektif

Visi Perkhidmatan Dietetik

•Menyokong dan membantu perawatan pesakit selaras visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengutamakan perkembangan perkhidmatan melalui inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan



Visi Perkhidmatan Sajian Makanan

•Menjadi peneraju kecemerlangan dalam pengurusan perkhidmatan makanan yang bertaraf antarabangsa



Misi Perkhidmatan Dietetik

•Membantu perawatan pesakit melalui perkhidmatan dietetik klinikal yang merangkumi aktiviti promotif, pencegahan, perawatan dan rehabilitasi berdasarkan evidence based terkini di samping menyumbang kepakaran berkaitan

•Menyumbang kepada kajian saintifik, aktiviti kualiti dan penyelidikan dalam bidang dietetik dan pemakanan

 

•Membolehkan akses perkhidmatan dietetik sebagai salah satu aspek penjagaan perawatan pesakit dan pelanggan yang boleh didapati dengan lebih luas dan mudah



Misi Perkhidmatan Sajian Makanan

•Menyediakan dan menghidang makanan yang mematuhi keperluan pemakanan, mematuhi standad dan proses perkhidmatan sajian serta prinsip kebersihan dan keselamatan makanan

 

•Membekalkan makanan berdasarkan keperluan pesakit dan pelanggan mengikut keperluan pemakanan

 

•Menjalankan kajian penyelidikan dalam bidang perkhidmatan sajian makanan 

 

Objektif: 

Objektif Umum

•Memberikan perkhidmatan secara profesional, berkualiti dan fokus pelanggan di bidang klinikal dietetik dan perkhidmatan sajian makanan 



Objektif Khusus

•Memberikan perkhidmatan Medical Nutrition Theraphy untuk membantu meningkatkan status pemakanan sejajar dengan rawatan kesihatan

 

•Memberikan latihan industri untuk perkhidmatan sajian makanan kepada pelajar latihan industri daripada Institusi PengajianTinggi

 

•Menjalankan kajian dalam bidang klinikal dietetik dan perkhidmatan sajian makanan berdasarkan keperluan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan

 

•Membekalkan diet normal dan teraputik kepada Pesakit Dalam, Rawatan Harian, Hemodialisis dan Wad Pemerhatian

 

 

 

Direktori

Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Nombor Sambungan: 1081,8117,8116

 

 

Perkhidmatan Kami

 

Jabatan Dietitik & Sajian menawarkan perkhidmatan: 

  1. Perkhidmatan Dietetik Klinikal sebagai sokongan klinikal dalam pemberian ‘medical nutrition theraphy’ kepada pesakit. 

  2. Perkhidmatan Sajian Makanan yang membekalkan makanan kepada pesakit dalam dan anggota yang berkelayakan. Perkhidmatan ini mengamalkan sistem makanan secara berpusat ‘centralized’ oleh kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Waktu Operasi

8.00 Pagi - 5.00 Petang

 

Piagam Pelanggan

Perkhidmatan Dietetik 

Memberikan perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit dalam/luar yang dirujuk bagi mendapatkan  Medical Nutrition Theraphy

 

Page 2 of 4

HUBUNGI KAMI

 

HOSPITAL PASIR GUDANG
Jalan Puncak 1,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Ta'zim.
Tel : 07-298 1000
Emel : hpg@moh.gov.my
 
JUMLAH PELAWAT
008435
TARIKH KEMASKINI :

PENAFIAN: Hospital Pasir Gudang, Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Hak Cipta Terpelihara© 2026 Hospital Pasir Gudang