Page 113 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 113

LATIHAN PENGENDALIAN TINDAKAN BENCANA LUARAN HSAJB (TABLE TOP) 2022

          Tarikh  : 15 Ogos 2022
          Tempat : Kelab Sukan HSAJB

          Latihan pengendalian tindakan bencana luaran HSAJB (TABLE TOP) 2022 diadakan setelah Buku Pelan Tindakan
          Bencana  Luaran  Edisi  6/2021  HSAJB  dilancarkan.  Seramai  100  peserta  yang  terdiri  daripada  pengarah  hospital,
          timbalan-timbalan pengarah hospital, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit dan wakil-wakil jabatan telah menjayakan
          latihan ini. Objektif latihan table top ini adalah:

            •   Meningkatkan  pengetahuan  tentang  peranan  dalam  kalangan  anggota  hospital  semasa  pengaktifan
               Tindakan Bencana Luaran Hospital
            •   Melancarkan proses pengaktifan Tindakan Bencana Luaran Hospital
            •   Melancarkan koordinasi Tindakan Bencana Luaran Hospital pada setiap peringkat
            •   Mengenalpasti  cabaran  dan  permasalahan  pada  setiap  fasa  pengaktifan  Tindakan  Bencana  Luaran
               Hospital

          Empat (4) Injektor daripada Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Melaka, Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, Hospital
          Pakar Sultanah Fatimah Muar dan Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang telah dijemput untuk mengelolakan
          Latihan table top ini.
















































                                                                                                           109
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118