Page 115 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 115
JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK
PENGENALAN
Jabatan Pergigian Pediatrik merupakan sebuah jabatan yang beroperasi di Aras 3, Bangunan Poliklinik Hospital Sultanah
Aminah Johor Bahru (HSAJB) semenjak tahun 1992. Jabatan ini berkongsi fasiliti dengan Jabatan Pembedahan Mulut
& Maksilofasial dan merupakan pusat rujukan bagi kes-kes trauma pergigian serta kes-kes lesi oro-fasial bagi kanak-
kanak di bawah umur 16 tahun. Jabatan ini dianggotai oleh 18 kakitangan dari pelbagai perjawatan.
VISI MISI
Menjadi pusat kecemerlangan dalam pengendalian Meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan mulut bayi
kes-kes trauma dan rawatan pergigian bagi kanak- melalui ibu bapa, kanak-kanak dan remaja sehingga
kanak . umur 16 tahun. Pendedahan menerusi langkah-
langkah pencegahan, pendidikan dan perkhidmatan
rawatan kepakaran Pergigian Pediatrik secara holistik.
OBJEKTIF
• Menyediakan dan memberi perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik secara menyeluruh kepada semua
kes-kes yang dirujuk dengan memberi penekanan melalui promosi kesihatan, pencegahan, kuratif dan
rehabilitatif di dalam kesihatan pergigian
• Menyampaikan perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik yang mengutamakan kepuasan pelanggan
dengan penglibatan pasukan yang terlatih serta profesional dan penyayang
• Terlibat secara aktif dalam penyelidikan yang melibatkan perkhidmatan kesihatan untuk mempertingkatkan
kualiti perkhidmatan
• Menjalankan program kaji selidik dan audit untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pergigian
• Memberi perkhidmatan yang berkualiti mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Kepakaran Pergigian Pediatrik di Malaysia
FUNGSI JABATAN
• Rawatan pesakit dalam
• Rawatan pesakit luar
• Rawatan kecemasan
• Rawatan / konsultasi serta perbincangan multi-disiplin bidang kepakaran pergigian
• Rawatan bius umum
• Rawatan ‘inhalation sedation’
111

