Page 116 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 116
PERKKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. Berfungsi sebagai pusat rujukan untuk kes-kes Pergigian Pediatrik merangkumi skop-skop berikut:
• Kes-kes trauma
• Kes-kes pembedahan oral
• Kes-kes patologi oral
• Kes-kes anomaly oral
• Kes-kes perubatan oral
• Rawatan pergigian dan oral kanak-kanak dengan penyakit sistemik
• Rawatan pergigian dan oral kanak-kanak istimewa dengan kecacatan fizikal / mental / pelbagai.
• Pengendalian kanak-kanak yang memerlukan rawatan pergigian dengan pembiusan umum / sedasi
2. Rawatan pesakit dalam – menerima rujukan daripada disiplin-disiplin lain termasuk pesakit wad di HSAJB
3. Rawatan pesakit luar seperti menerima rujukan dari Klinik Pergigian, Klinik Kesihatan, Hospital Kerajaan / Swasta
dan menyediakan konsultasi serta rawatan kepakaran pergigian
4. Rawatan kecemasan seperti infeksi akut oro-fasial dan trauma pergigian
5. Rawatan / konsultasi serta perbincangan multi-disiplin bidang kepakaran pergigian
6. Rawatan bius umum bagi kes-kes ‘severe early childhood caries’ dan patologi mulut serta pengendalian kes trauma
mengikut keperluan
7. Rawatan ‘inhalation sedation’ bagi kanak-kanak mengikut keperluan
8. Rawatan serta konsultasi multdisiplin kepakaran pergigian yang terdiri dari kepakaran Ortodontik, Restoratif,
Bedah Mulut Maksilofasial, Patologi & Perubatan Mulut serta kepakaran lain seperti Jabatan Pembedahan Plastik
& Rekonstruktif serta Pediatrik.
LAPORAN RINGKAS AKTIVITI JABATAN BAGI TAHUN 2022
MEMULAKAN LAWATAN (KLUSTER) KE HOSPITAL PONTIAN
Bermula Julai 2020 telah memulakan perkhidmatan kluster dengan
Hospital Pontian. Lawatan akan dijalankan sekali setiap bulan secara
berterusan sehingga kini.
112

