Page 142 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 142
14 . LAWATAN MUHIBAH JABATAN PERUBATAN FORENSIK KE JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN)
JOHOR BAHRU .
Tarikh : 19 September 2022
Lokasi :Jabatan Pendaftaran Negara Johor Bahru, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Setia Tropika, Johor Bahru
Satu (1) lawatan muhibah telah dilakukan oleh jabatan perubatan forensik ke JPN Johor Bahru bagi membincangkan
mengenai kaedah yang boleh JPN gunakan dalam membantu mempercepatkan proses pengesahan identiti jenazah
supaya jenazah segera boleh diserahkan kepada waris atau wakil pengurusan. Selain itu, lain-lain isu juga turut
dibincangkan bagi menambah baik kualiti perkhidmatan yang disediakan. Hasil perbincangan, untuk pengesahan
identiti jenazah yang mempunyai kad pengenalan boleh dilakukan dengan menggunakan mobile terminal unit (MTU)
dari pihak JPN. Selain itu, pengesanan segera waris juga boleh dilakukan terus kepada JPN melalui pegawai yang telah
diputuskan oleh pengarah JPN semasa mesyuarat tersebut.
Taklimat semasa lawatan muhibah yang dipengerusikan Taklimat semasa lawatan muhibah yang dipengerusikan
oleh Pn Sarinah binti Apisah. oleh Pn Sarinah binti Apisah.
Wakil jabatan perubatan forensik HSAJB yang diketuai oleh
ketua jabatan, Dr Mohamad Aznool Haidy bin Hj Ahsorori
bergambar bersama kakitangan JPN Johor Bahru yang
diketuai oleh pengarah JPN Johor Bahru, Pn Sarinah binti
Apisah.
138

