Page 147 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 147

UNIT PENYELIDIKAN KLINIKAL (CRC)





         FUNGSI UTAMA PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL HOSPITAL


         1 . PENYELIDIKAN
         •   Menjalankan penyelidikan termasuk Investigator Initiated Research (IIR) atau Industry Sponsored Research (ISR).
         •   Menyokong Industry Sponsored Research (ISR) bersama Clinical Research Malaysia.
         •   Menyokong penyelidikan yang dijalankan di fasiliti-fasiiti KKM.
         •   Memantau penyelidikan yang dijalankan di fasiliti-fasiliti KKM.
         •   Menyemak protokol penyelidikan dan permohonan kelulusan untuk menjalankan penyelidikan di HSAJB.
         •   Menjadi ahli jawatankuasa penilai (HRRC) yang bertindak sebagai penilai pertama / kedua bagi protokol kajian
             klinikal berisiko rendah untuk tujuan kelulusan MREC (Medical research ethics committee).
         •   Membantu dalam penyebaran atau penerbitan hasil penyelidikan.

         2 . KONSULTANSI
         •   Memberi khidmat konsultasi penyelidikan dan statistik.
         •   Membimbing dalam proses permohonan geran penyelidikan.

         3 . LATIHAN
         •   Menganjurkan latihan berkaitan dengan penyelidikan untuk staf KKM.
         •   Menganjurkan latihan dalaman untuk staf CRC.

         4 . PENTADBIRAN
         •   Menyediakan laporan-laporan berkaitan penyelidikan kepada Pengarah Hospital, Pengarah JKNJ dan Pengarah
             ICR, NIH.
         •   Menyediakan laporan-laporan berkaitan pengurusan and pentadbiran atas arahan Pengarah Hospital dan Pengarah
             ICR, NIH.
         •   Menguruskan  peruntukan  kewangan  dan  membantu  ketua  unit  untuk  merancang  perbelanjaan  unit  CRC  dan
             membuat perolehan dan pembayaran bagi kepentingan unit.
         •   Menguruskan fasiliti dan memastikan fasiliti di selia dengan baik.
         •   Mengurus hal sumber manusia, cuti dan kad perakam waktu semua staf CRC dan staf konsesi CRM.
         •   Mengurus, mendaftar, memeriksa aset bagi memastikan aset CRC HSAJB diselia dengan baik.























                                                                                                           143
   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152