Page 145 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 145

Percubaan  penggunaan  MTU  oleh  wakil  kakitangan  JPN   Kakitangan  JPN  menerangkan  mengenai  identiti  jenazah
          untuk mengesahkan identiti jenazah.                 yang telah disahkan dengan menggunakan MTU kepada
                                                              kakitangan jabatan perubatan forensik HSAJB.









                                                              Kakitangan jabatan perubatan forensik HSAJB & delegasi
                                                              bahagian  siasatan  &  penguatkuasaan  JPN  Johor  Bahru
                                                              bergambar kenangan di jabatan perubatan forensik HSAJB.









          17 . BENGKEL MOTIVASI & SEMARAK INTEGRITI PERKHIDMATAN PERUBATAN FORENSIK NEGERI JOHOR

          Tarikh  : 18 - 20 Oktober 2022
          Lokasi  : Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS) Kluang, Johor

          Setelah dua (2) tahun memberikan jasa bakti di sepanjang pandemik COVID-19 & isu nasional berkenaan integriti yang
          melanda perkhidmatan perubatan forensik seluruh Malaysia, pihak jabatan mengambil inisiatif untuk menganjurkan
          satu (1) bengkel motivasi & semarak integriti perkhidmatan perubatan forensik Negeri Johor. Bengkel ini bertujuan
          untuk menyuntik semula semangat motivasi kepada para petugas setelah sekian lama bertungkus lumus bertugas.
          Selain itu, bengkel juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi sikap berintegriti kakitangan perkhidmatan melalui ceramah
          yang disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor
          Bahru.

          Bilangan penyertaan: 50 penyertaan dalaman & luaran yang terdiri dari kakitangan jabatan/unit perubatan forensik
          Negeri Johor.

          Laporan analisis penganjuran bengkel:
          Pencapaian objektif kursus: 83.3% tercapai
          Pengurusan kursus: 80.5% tercapai
          Penceramah: 84.4% tercapai
          Urus setia: 87.3% tercapai

                                                                                                           141
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150