Page 144 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 144
Pihak HSAJB dan wakil Mercy Malaysia bergambar
kenangan di tepi kontena 40 kaki yang disumbangkan.
16 . PENGGUNAAN MOBILE TERMINAL UNIT (MTU) DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
JOHOR BAHRU .
Tarikh : 3 Oktober 2022
Lokasi : Jabatan Perubatan Forensik HSAJB
Rentetan lawatan muhibah jabatan perubatan forensik HSAJB ke JPN Johor Bahru pada 19 September 2022, satu (1)
sesi percubaan membuat pengesahan identiti jenazah yang mempunyai kad pengenalan diri tetapi tidak mempunyai
waris menggunakan MTU telah dilakukan di jabatan perubatan forensik HSAJB. Penggunaan MTU ini sebelum ini
hanya digunakan kepada orang awam dan tidak pernah digunakan terhadap jenazah. Pengesahan identiti jenazah
telah dapat dilakukan dengan jayanya pada percubaan tersebut. Hasil dari percubaan ini, pengesahan identiti jenazah
yang mempunyai kad pengenalan diri tetapi tiada waris akan menggunakan MTU secara standard seluruh Negeri Johor
mengikut kesesuaian.
Ucapan alu-aluan oleh ketua jabatan perubatan forensik Kakitangan JPN memberi penerangan mengenai MTU
HSAJB Dr Mohamad Aznool Haidy bin Hj Ahsorori kepada kepada ketua jabatan & penyelia jabatan perubatan
delegasi dari bahagian siasatan & penguatkuasaan JPN forensik HSAJB.
Johor Bahru ke jabatan perubatan forensik HSAJB.
140

