Page 298 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 298
JABATAN DERMATOLOGI
PENGENALAN
Jabatan Dermatologi dan Perubatan Genito-Urinari merupakan salah satu jabatan klinikal di Hospital Sultanah Aminah
Johor Bahru (HSAJB). Lokasi jabatan (klinik) adalah di aras 3, bangunan Poliklinik HSAJB.
Ketua Jabatan Dermatologi dan Perubatan Genito-Urinari HSAJB dan selaku Pakar Dermatologi adalah Dr Wong Kit
Wan. Jabatan ini adalah pusat rujukan kesihatan kulit untuk negeri Johor dan wilayah selatan Semenanjung Malaysia.
Di samping itu juga, jabatan ini adalah pusat pembelajaran praktikal untuk pelajar perubatan dari pelbagai institusi
pengajian tinggi tempatan dan swasta, pelajar sub- kepakaran sarjana Dermatologi serta pelajar Sarjana Perubatan
Keluarga. Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) seluruh negeri Johor juga mengikuti penempatan di
jabatan ini secara berkala untuk latihan pengendalian kes-kes kesihatan berkaitan kulit terutamanya berkaitan penyakit
kusta (Leprosy) dan penyakit kelamin (STD).
Jabatan Dermatologi dan Perubatan Genito-Urinari HSAJB adalah satu-satunya jabatan yang menggunakan sistem
berkomputer iaitu sistem Tele-Primary Care (TPC) sepenuhnya untuk temujanji, rawatan dan pengendalian pesakit.
Sistem temujanji untuk pesakit, diberi berdasarkan kesegeraan rujukan. Setiap kes rujukan yang diterima oleh jabatan
ini dari pusat perubatan kerajaan atau swasta dibahagikan kepada kes kecemasan yang memerlukan tindakan segera
dan kes bukan kecemasan yang tidak memerlukan tindakan segera.
Kes bukan kecemasan akan diberi temujanji mengikut sistem waktu berperingkat dalam jangkamasa 2 minggu hingga
sebulan. Bagi kes kecemasan pula, panggilan rujukan kecemasan segera akan disalurkan kepada Pakar atau Pegawai
Perubatan yang bertugas atas panggilan mengikut giliran dan berdasarkan kes yang dirujuk, mereka akan menentukan
kes tersebut diperiksa di klinik atau akan dilihat di wad yang merujuk.
VISI MISI
Sebagai pusat yang unggul yang menyediakan Berusaha memberi perkhidmatan yang unggul
perkhidmatan rawatan Dermatologi yang bertaraf dengan kemahiran profesionalisme yang
dunia dan berkualiti tinggi untuk rakyat Johor berpengetahuan tinggi dan produktif, di samping
mencapai taraf kesihatan yang cemerlang, berganding bahu dengan rakyat Johor, untuk
penambahbaikan kesihatan kulit, melalui pendidikan
promosi kesihatan, pencegahan penyakit kulit,
rawatan yang unggul dan rehabilisasi untuk mencapai
taraf kesihatan yang cemerlang.
294

