Page 302 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 302
Klinik Am Dermatologi Hari Khamis
Klinik Pakar Pediatrik Dermatologi 4 kali 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
setahun (Mac, Jun, September, Disember) 8.00 pagi hingga 1.30 petang
Pendidikan Perubatan Berterusan (CME)
Hari Khamis
2.00 petang hingga 3.30 petang
LAPORAN RINGKAS AKTIVITI JABATAN / UNIT TAHUN 2022
Aktiviti berkala yang dijalankan oleh Jabatan Dermatologi dan Perubatan Genito-Urinari HSAJB pada tahun 2022
keseluruhannya dapat dilaksanakan oleh kerana penularan pandemik koronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia telah
memasuki fasa endemik. Berikut adalah beberapa pencapaian aktiviti Jabatan Dermatologi dan Perubatan Genito-
Urinari yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022.
1. Jabatan ini dapat mengelola empat lawatan Bengkel Pakar Dermatologi Pediatrik dari Hospital Kuala Lumpur pada 10
Mac 2022,16 Jun 2022, 08 September 2022 dan 15 Disember 2022.
2. Kursus Johor Dermatology Update 2022 juga telah dapat dianjurkan pada 11 Jun 2022 yang bertempat di Renaissance
Hotel Johor bahru.
3. Hari Psoriasis Sedunia 2022 diadakan pada 29 Oktober 2022 bertempat di Goodhope hotel skudai johor dengan
gabungan Persatuan Psoriasis Johor, HSA, HSI dan HPSF. Peserta yang mengambil bahagian merangkumi pesakit
psoriasis dan ahli keluarga mereka, anggota kerja Dermatologi dan ahli persatuan Psoriasis Johor.
4. Pendidikan berterusan jabatan (CME) dapat dijalankan melalui jabatan sendiri. Pencapaian disertakan di bawah.
298

