Page 299 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 299
OBJEKTIF
Matlamat Am
1. Memberi perkhidmatan yang menyeluruh bagi penyakit kulit, penyakit kelamin dan penyakit kusta untuk
merendahkan insiden, prevelen dari segi fizikal, sosial dan kosmetik, morbiditi dan mortaliti dan juga untuk
memperbaiki tahap kesihatan dan menaikkan produktiviti negara.
2. Meningkatkan penglibatan pesakit dalam pengurusan penyakit mereka melalui pendidikan kesihatan dan
kaunseling serta menanamkan tingkah laku positif supaya dapat meningkatkan amalan kesihatan kulit dan
seksual peribadi.
3. Melatih dan menaikkan taraf pengetahuan dan kemahiran pelajar perubatan, paramedik, pegawai perubatan
dan pakar klinikal di bidang penyakit kulit, penyakit kelamin dan kusta melalui perkembangan professional
yang berterusan.
4. Menjalankan penyelidikan dalam bidang Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta.
5. Memastikan kejayaan Program Kawalan Kusta dan Program Kawalan Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted
Infections)
Matlamat Spesifik
1. Menjadi tempat rujukan kepakaran tahap tertiari (tertiary) dalam Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit
kusta untuk negeri Johor.
2. Memberi perkhidmatan / perundingan kepakaran yang cekap dan berkesan supaya pesakit Dermatologi,
penyakit kelamin dan penyakit kusta tidak menanggung kesakitan lebih lama dari sepatutnya akibat penyakit
kulit dan masalah penyakit genitourinari di negeri Johor.
3. Membantu di dalam pendidikan Dermatologi di tahap pra-siswazah (undergraduate) dan ijazah lanjutan
(postgraduate)
4. Memberi latihan dalam bidang Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta kepada pakar perubatan dan
pegawai perubatan kerajaan.
5. Memberi latihan kepada paramedik di bidang Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta.
6. Pusat latihan zon selatan untuk pegawai perubatan dalam ijazah lanjutan dalam bidang dermatologi
(Advanced Masters in Dermatology program)
7. Membangunkan Telemedicine – “Teledermatology” untuk telekonsultasi dan CME/CPD
FUNGSI DAN PERKHIDMATAN JABATAN
A . RAWATAN PESAKIT LUAR
1. Rawatan pesakit luar bagi kes-kes rujukan dan rawatan pembedahan kecil atau prosedur bagi orang dewasa dan
kanak-kanak.
2. Semua pesakit diberi perkhidmatan / perundingan, pemeriksaan dan penyiasatan yang diperlukan yang teliti.
Pesakit dan jika diberi kebenaran waris mereka, diberikan penerangan tentang penyakit mereka, ujian yang perlu
dilakukan, rawatan yang akan diberi termasuk prosedur rawatan jika perlu dan kesan sampingan rawatan.
3. Perkhidmatan / perundingan yang ditawarkan adalah untuk pelbagai penyakit kulit termasuk barah kulit, kesan
alahan kulit disebabkan oleh ubat, vaksin dan jangkitan kuman, penyakit kelamin dan penyakit kusta.
4. Perkhidmatan pendidikan pesakit dan kaunseling untuk pelbagai penyakit kulit, penyakit berjangkit, penyakit
kelamin dan penyakit kusta.
295

