Page 301 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 301

I . PERKHIDMATAN LAWATAN KONSULTASI PAKAR DERMATOLOGI PEDIATRIK DARI HOSPITAL KUALA
          LUMPUR
          Pakar Dermatologi Pediatrik dari Hospital Kuala Lumpur memberi khidmat konsultasi kes-kes pediatrik yang rumit di
          samping memberi sesi latihan klinikal kepada Pakar Perunding Dermatologi, Pakar Dermatologi, Pegawai Perubatan
          dan paramedik jabatan Dermatologi empat kali setahun.

          J . PENDAFTARAN DATA KANSER (CANCER REGISTRY)
          Pendaftaran data kanser yang melibatkan semua jenis kanser kulit adalah sebagai rekod pemantauan bilangan kes di
          Johor untuk statistik Kebangsaan dan untuk penyelidikan.

          K . PUSAT PENYELIDIKAN PENYAKIT KULIT
          Menjalankan pelbagai penyelidikan penyakit kulit dan penyakit kelamin yang diluluskan oleh Jawatankuasa
          Kebangsaan Penyelidikan Klinikal untuk memberi manfaat baru terhadap rawatan yang ditawarkan.


                     Waktu Operasi Klinik Dan Senarai  Klinik yang dikendalikan di bawah Jabatan Dermatologi

                                Nama Klinik                                 Waktu Operasi


                Klinik Dermatologi Khas                      Hari Ahad
                Kes-kes khas yang diberi keutamaan seperti:  8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
                • Pesakit yang mengalami penyakit yang rumit
                • Banduan penjara
                • Orang kelainan upaya
                • Pesakit dari Hospital Permai
                • Pesakit yang dibawa atas stretcher
                • Pesakit kusta
                • Pesakit yang di discaj dari wad
                • Pesakit dari daerah lain seperti Batu Pahat,
                Kluang, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi

                Klinik Am Dermatologi                        Hari Ahad
                Klinik yang dikendali oleh Pegawai Perubatan   2.00 petang hingga 5.00 petang
                dan atau Pakar Dermatologi Ahad tertentu
                Clinicopathology Conferance untuk Pakar
                Dermatologi






                Klinik Am Dermatologi                        Hari Isnin – Selasa
                                                             8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
                                                             2.00 petang hingga 5.00 petang


                Klinik Genitourinari, Dermatosurgeri dan     Hari Rabu
                Prosedur                                     8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
                Klinik Am Dermatologi
                                                             Hari Rabu
                                                             2.00 petang hingga 5.00 petang




                                                                                                           297
   296   297   298   299   300   301   302   303   304   305   306