Page 322 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 322

JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI






       PENGENALAN

       Jabatan Obstetrik dan Ginekologi merupakan antara Jabatan utama di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Jabatan
       ini menyumbang 30% dari jumlah kemasukan di HSAJB. Ini membuktikan  Jabatan ini mempunyai beban tugas yang
       tinggi berbanding dengan nisbah anggota yang sedia ada.Jabatan ini sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik
       seiring dengan pembangunan  dan kemajuan sains dan teknologi yang pesat membangun. Peningkatan sosio ekonomi
       di  Johor  Bahru  di  tambah  pula  dengan  pembangunan  industri  yang  pesat  menyebabkan  penambahan  penduduk
       .Justeru itu,Jabatan ini menjadi pusat rujukan  di wilayah Selatan Malaysia yang merangkumi kes-kes rujukan dari
       Hospital Daerah, Klinik Kesihatan Daerah, Klinik Desa, Hospital dan juga Klinik Swasta.  Jabatan ini merupakan pusat
       latihan untuk Pakar Perubatan Sub-kepakaran, Pegawai Perubatan Lepasan Siswazah dari universiti tempatan dan luar
       negara, Basik, Pos Basik bagi Jururawat Terlatih, Jururawat Pelatih serta Penolong Pegawai Perubatan untuk latihan
       sangkutan bagi anggota fasiliti kesihatan dari sekitar Daerah Johor Bahru dan Pontian.


         VISI                                               MISI


         Menjadikan Jabatan Obstetrik & Ginekologi sebagai   Menyediakan perkhidmatan perawatan Obstetrik &
         pusat rawatan yang cemerlang dan bertaraf          Ginekologi yang cemerlang melalui promosi gaya
         antarabangsa                                       hidup sihat, rawatan dan pemulihan yang berkualiti


         OBJEKTIF


         1.   Mengadakan perkhidmatan yang standard untuk kes-kes Obstetrik dan Ginekologi.
         2.  Mengurangkan kadar mortaliti dan morbiditi ibu dan bayi.
         3.  Menyediakan perkhidmatan diagnosa, perawatan dan rehabilitasi kepada pesakit.
         4.  Menyediakan perkhidmatan latihan dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi untuk Pakar Perubatan, Pegawai
             Lepasan Siswazah, Pegawai Perubatan dan Paramedik.
         5.  Menyediakan kemudahan kepada Pegawai Perubatan dan Paramedik untuk membuat Penyelidikan.
         6.  Menyediakan perkhidmatan sub kepakaran dalam bidang Maternal Fetal Medicine serta Urogynaecology



       FUNGSI JABATAN


       •   Menyediakan perkhidmatan saringan bagi kes-kes antenatal di Bilik Saringan.
       •   Menerima kes-kes rujukan bagi seluruh negeri Johor dan dalam hospital.
       •   Kes-kes yang memerlukan rawatan segera akan dilihat tanpa temujanji di SCOG.
       •   Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan Seminal Fluid Analysis dan Maternal Fetal Medicine. Gynae oncology,
       •   Lawatan Pakar ke hospital-hospital Pakar dan tanpa pakar dan Klinik Kesihatan Daerah.
       •   Memberikan kursus di peringkat Zon Selatan seperti Obstetric Life Saving Skills.
       •   Memberikan kursus di peringkat dalaman dan luaran.
       •   Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) – dihentikan sementara waktu kerana pandemik Covid -19.


       318
   317   318   319   320   321   322   323   324   325   326   327