Page 323 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 323
Pandemik Covid-19 yang berlaku pada awal Tahun 2020 sehingga pertengahan tahun 2022 telah menyebabkan
beberapa perubahan besar kepada perkhidmatan, bilangan katil serta fungsi-fungsi wad dan unit di Jabatan ini. Ini
termasuk fasa ‘Decanting’ yang bermula bulan September 2022 dari bangunan induk melibatkan Bilik Saringan,
Labour Room, OAC dan L&D 1st class. Walau bagaimana pun perkhidmatan yang diberikan tidak terjejas kerana
bilangan pesakit yang dirawat dan diperiksa tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Namun perkhidmatan
Pesakit Bayar Penuh (FPP) dan Husband Friendly Hospital telah dihentikan kerana tiada ruang dan kemudahan yang
selamat dan sesuai.
KAUNTER SARINGAN COVID-19 JABATAN
Walaupun pandemik Covid-19 telah berakhir, usaha Jabatan O&G dalam mengambil tanggungjawab mengendalikan
Saringan Covid19 (RTK) bagi semua kes kemasukan elektif untuk pembedahan yang dijalankan di Pusat Bersalin.
Pengambilan Sampel dilakukan oleh pasukan yang terdiri dari Pegawai perubatan serta paramedik secara giliran.
Kaunter Saringan ini menyaring semua kes kemasukan dan rujukan ke Wad-wad Jabatan O&G dan Ginekologi.
Sekiranya kes yang disaring didapati positif Covid19, pesakit akan terus dihantar ke wad Isolasi Jabatan O&G dengan
pemakaian PPE yang standard.
Terdapat juga kes yang bersalin sebelum keputusan RTK diperolehi, oleh itu kemudahan asas untuk bersalin juga
disediakan di lokasi ini.
DATA RTK 2022
BULAN TOTAL KES POSITIF
JANUARI 1110 4
FEBRUARI 1011 80
MAC 1009 89
APRIL 870 15
MEI 1000 6
JUN 1185 4
JULAI 1211 26
OGOS 1430 32
SEPTEMBER 1456 15
OKTOBER 1392 18
NOVEMBER 1488 4
DISEMBER 1645 1
TOTAL 14807 294
319

