Page 457 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 457
AKTIVITI JABATAN
Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru mempunyai 231 orang anggota yang terdiri daripada Pegawai
Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi dan kumpulan sokongan.
Jawatankuasa Kebajikan dan Sosial, Jabatan Farmasi 2022 pula dianggotai oleh kakitangan Jabatan Farmasi daripada
pelbagai unit mempunyai seramai 22 orang ahli jawatankuasa. Dipengerusikan oleh Pn. Low Yee Bee, sebanyak 4
kali mesyuarat telah dilaksanakan untuk membincangkan dan memastikan semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan
lancar.
Aktiviti-aktiviti yang berjaya dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Sosial, Jabatan Farmasi sepanjang tahun
2022 termasuk Sambutan Tahun Baru Cina (30 Mac 2022), Sambutan Hari Raya Aidilfitri (26 Mei 2022), Sambutan
Hari Farmasi Sedunia (26 September 2022), Sambutan Hari Deepavali dan Krismas (7 Disember 2022) dan Sambutan
Hari Lahir untuk setiap 3 bulan bagi semua anggota Jabatan Farmasi. Hadiah juga disediakan bagi anggota berpindah,
anggota berkahwin, anggota melahirkan cahaya mata, anggota dimasukkan ke wad, anggota pencen, anggota
menyambung pelajaran dan anggota menamatkan perkhidmatan. Sumbangan juga dikutip bagi kematian ahli keluarga/
anggota.
Berikutan kes covid-19 semakin menurun, ia turut memberi ruang kepada Jabatan untuk menjayakan semua sambutan
secara bersemuka bagi berkenalan sesama anggota baru dan lama serta mengeratkan lagi hubungan. Pelbagai juadah
secara bufet disediakan untuk dinikmati oleh semua anggota. Pada 1 Jun 2022, Jamuan high tea juga diadakan di Ume
Floral, Nong Chik bagi Pn. Noor Ratna binti Naharuddin, Ketua Pegawai Farmasi yang berpindah keluar ke Bahagian
Perkhidmatan Farmasi, JKNJ. Seramai 60 anggota telah meluangkan masa untuk menghadiri jamuan tersebut.
Pada 21 Julai 2022, Pn. Siti Aisah binti Bahari, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi, KKM telah
membuat lawatan kerja ke Jabatan Farmasi dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Beliau telah melawat unit-
unit di Jabatan Farmasi termasuk Farmasi Klinik Pakar, Unit Farmasi Logistik, Farmasi Pengeluaran Steril dan Farmasi
Pesakit Dalam. Lawatan tersebut diakhiri dengan jamuan makan tengah hari sebelum delegasi meneruskan perjalanan
ke fasiliti lain.
453

