Page 462 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 462

JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN






         VISI                                               MISI


         Jabatan Dietetik  Sajian  akan berusaha dalam      1. Membantu rawatan perubatan melalui
         perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik        perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan
         klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu   berdasarkan amalan evidence-based di samping
         rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital   menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
         serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem
         pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi    2. Menyediakan perkhidmatan dietetik dan
         dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti   sajian yang tepat, cekap dan berkualiti dengan
         berterusan..                                       mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran serta
                                                            teknologi terkini.

                                                            3. Melaksanakan perkhidmatan berlandaskan ciri-ciri
                                                            Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia
                                                            iaitu Perkhidmatan Penyayang, Kerja Berpasukan dan
                                                            Profesionalisme.


         OBJEKTIF


         1.   Memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan
            secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.
         2.  Menyediakan makanan normal dan teraputik yang sesuai, seimbang serta selamat dalam membantu pemulihan
            rawatan pesakit.




       FUNGSI JABATAN



      Jabatan Dietetik dan Sajian terdiri daripada Unit Dietetik yang dianggotai oleh Pegawai Dietetik manakala Unit Sajian
      dianggotai oleh Pegawai Penyediaan Makanan, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan serta Pembantu Penyediaan
      Makanan.

      1. Fungsi Perkhidmatan Dietetik

      Dietetik merupakan satu bidang yang mengaplikasikan prinsip-prinsip diet teraputik dalam perubatan dan kesihatan
      yang merangkumi aspek promotif,pencegahan,perawatan dan pemulihan. Perkhidmatan dietetik klinikal dilaksanakan
      oleh Pegawai Dietetik yang mempunyai kelulusan minima Ijazah Sarjana Muda Dietetik yang diiktiraf. Perkhidmatan
      yang diberikan ialah dalam bentuk konsultasi diet,khidmat sokongan pemakanan klinikal dan Pendidikan pemakanan.
      Perkhidmatan yang diberi berdasarkan bukti dan pendekatan bekerjasama dengan jabatan-jabatan lain yang terlibat
      dalam perawatan pesakit. Pegawai Dietetik akan melaksanakan model rawatan sempurna yang melibatkan aktiviti
      penilaian pemakanan, diagnosa pemakanan, intervensi pemakanan serta pemantauan dan penilaian semula pemakanan.



       458
   457   458   459   460   461   462   463   464   465   466   467