Page 459 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 459

Hari Farmasi Sedunia Tahun 2022 juga telah diadakan pada 25 September 2022 sehingga 29 September 2022. Antara
          aktiviti yang dijalankan adalah Pameran KUA dan Keselamatan Pengubatan serta Sudut Keselamatan Pengubatan
          Kanak-kanak  sepanjang  minggu  tersebut.  Tambahan  pula,  Bengkel  bertema:  “Baca  &  Sebut  Label:  Tiap  Saat
          Menyelamatkan Nyawa” berjaya dijalankan di mana ia disertai oleh 75 peserta pada 27 September 2022 di Dewan
          Kompleks Sukan HSAJB. Ini merupakan bengkel tahunan yang ke-7 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan
          Pengubatan HSAJB. Urus setia bengkel ditubuhkan daripada ahli jawatankuasa dan pegawai farmasi. Dr Hj. Mohtar Bin
          Pungut @ Hj. Ahmad, Pengarah Hospital telah berbesar hati untuk merasmikan bengkel tahunan tersebut. Ceramah turut
          disampaikan oleh pakar-pakar perubatan dan pegawai farmasi bagi memberi pendedahan kepada anggota hospital
          tentang keselamatan pengubatan dan strategi penambahbaikan. Sesi petang diikuti dengan sesi perbincangan case
          scenario. Peserta-peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada
          pakar perubatan, pegawai farmasi dan jururawat.

          Selain itu, beberapa pameran dan ceramah telah diadakan oleh Jawatankuasa Kenali Ubat Anda (KUA) Jabatan Farmasi
          sepanjang tahun 2022 dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang penggunaan ubat
          secara rasional di kalangan orang awam dan anggota kesihatan. Antaranya adalah;

                        Tarikh                      Pameran/ceramah                        Tempat
                     13 Mac 2022               Pameran statik sempena bulan   Foyer 2, Bangunan Poliklinik, HSAJB
                                                        Ramadan
                     27 Mac 2022               Pameran KUA sempena ABDC           Paradigm Mall, Johor Bahru
                                                 (ANSARA Blood Donation
                                                     Campaign) 2022
                     31 Mac 2022            Ceramah Penggunaan Ubat Semasa              Facebook live
                                                        Berpuasa
                     16 Mei 2022             Ceramah Ubat Kurus Berkesan Ke?        Wellness Hub HSAJB
                                              sempena Program Pembudayaan
                                            Hidup Sihat Aktif bersama Wellness
                                                        Influencer
                    2 Oktober 2022           Pameran sempena Hari Kesihatan          Kelab Sukan HSAJB
                                                     Mental Sedunia

                    3 Oktober 2022                    Pameran KUA                SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor
                                                                                           Bahru

                   8 Disember 2022            Pameran dan ceramah sempena       Hospital Columbia Asia Tebrau,
                                              Minggu Kesedaran dan Kesela-               Johor Bahru
                                                      matan Pesakit
                   18 Disember 2022            Taklimat Ubat Tidak Berdaftar       Taklimat atas talian oleh
                                                                               Pegawai Farmasi dari Cawangan
                                                                                Penguatkuasaan Farmasi Negeri
                                                                                           Johor
















                                                                                                           455
   454   455   456   457   458   459   460   461   462   463   464