Page 458 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 458
Pada sepanjang bulan Ogos 2022, Gotong-Royong Perdana Jabatan Farmasi diadakan bagi mewujudkan persekitaran
kerja yang bersih, selamat dan ceria dengan konsep 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal). Sebagai
persiapan untuk Audit Pengekalan Pensijilan 5S dari MPC yang diadakan pada 6 Oktober 2022, beberapa aktiviti telah
diadakan seperti pelupusan dokumen, Audit Dalaman 5S dan Taklimat Pengenalan 5S kepada anggota baru. Dengan
itu, Jabatan Farmasi berjaya mengekalkan pensijilan 5S selama 12 tahun berturut-turut.
Jawatankuasa Induk 5S Jabatan Farmasi juga mengadakan aktiviti-aktiviti lain termasuk Bengkel Inovasi Jabatan Farmasi
2022 (22 Mei 2022) dan Pertandingan Inovasi Jabatan Farmasi 2022 (30 Ogos 2022). Tempat pertama telah dimenangi
oleh Zon Indigo dengan projek Kotak Pemegang Label. Lawatan antara Jabatan Farmasi dengan Jabatan Patologi yang
diadakan pada 17 dan 24 Ogos 2022 pula bertujuan untuk memberi pendedahan tentang konsep 5S serta memberi
tunjuk ajar kepada Jabatan Patologi mengenai cara memulakan aktiviti 5S.
454

