Page 476 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 476
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan utama yang diberikan oleh JKSP ialah pengurusan bantuan praktik dan pengurusan bantuan terapi
sokongan.
Bantuan praktik merangkumi tiga (3) jenis bantuan iaitu bantuan kewangan (pembelian peralatan perubatan, pembelian
ubat-ubatan, membiayai kos rawatan atau bantuan am), penempatan institusi dan mengesan waris.
Bantuan terapi sokongan pula merangkumi tiga (3) intervensi iaitu khidmat perundingan, sokongan emosi dan intervensi
krisis yang meliputi kes keganasan rumahtangga, ibu tanpa nikah, penderaan dan pengabaian kanak-kanak, jenayah
seksual dan kes-kes lain yang berkaitan.
Pengurusan kes bantuan praktik dan terapi sokongan ini memerlukan jaringan kerjasama dengan pelbagai disiplin
profesion perubatan, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta sumber komuniti setempat. Setiap kes juga
berkemungkinan memerlukan satu atau lebih bantuan bergantung kepada keperluan pesakit.
SUMBER RUJUKAN AGENSI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN
1. Tabung Bantuan Perubatan (TBP), KKM
2. Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40)
3. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
5. Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Cawangan HSAJB
6. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
7. Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ)
8. Malaysian Children’s Aid Society (MACAS)
9. Rotary Club
10. Persatuan Gerak Ehsan Maghfirah Amal Johor (GEMA)
11. Pertubuhan Kebajikan Puspanesam
12. Persatuan Prihatin Komuniti Johor Bahru (PPKJB)
472

