Page 475 - LAPORAN TAHUNAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH 2022
P. 475
JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN
PENGENALAN
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan merupakan khidmat sokongan klinikal di hospital yang berfungsi untuk
memberikan bantuan psikososial kepada pesakit atau waris yang tidak berkemampuan. Penilaian biopsikososial
perlu dijalankan ke atas pesakit atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan / Penolong Pegawai Pembangunan
Masyarakat sebelum intervensi bantuan praktik dan terapi sokongan diberikan.
Secara amnya, perkhidmatan kerja sosial perubatan menangani pelbagai isu psikososial yang melibatkan pendekatan
multidisiplin dalam mencapai objektif total patient care. Perkhidmatan yang disediakan di hospital, institusi dan kesihatan
awam bertujuan untuk memberi bantuan psikososial kepada pesakit dalam dan luar, semasa menjalani proses rawatan,
pemulihan dan pencegahan. Objektif perkhidmatan kerja sosial bertujuan untuk membantu memulihkan kefungsian
sosial agar pesakit menjadi lebih produktif, berdikari dan kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan
mereka.
VISI MISI
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui
dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang bantuan praktik dan terapi sokongan.
lebih baik.
OBJEKTIF
1. Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
2. Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada
komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
3. Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.
FUNGSI JABATAN
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar di hospital ini melibatkan proses
intervensi kerja sosial memfokuskan kepada tiga proses utama iaitu kerja kes, kerja kumpulan dan kerja komuniti.
Perkhidmatan ini meliputi:
a) Pengurusan Bantuan Praktik
i. Bantuan kewangan (peralatan/ ubatan/ rawatan/ am)
ii. Penempatan institusi
iii. Mengesan waris
b) Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan
i. Khidmat Perundingan
ii. Sokongan Emosi
iii. Intervensi Krisis
471

