Bahagian Pengurusan

Bahagian Pengurusan adalah diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah (Pengurusan) yang bertanggungjawab keatas keseluruhan Bahagian Pengurusan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Beliau adalah dibantu oleh seorang Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan) dan 13 orang Ketua-ketua Unit Bahagian Pengurusan.
Semua Ketua-ketua unit adalah bertanggungjawab untuk mengkoordinasi semua bidang berkaitan pengurusan seperti pentadbiran, sumber manusia, kewangan, pengurusan aset, perolehan kerajaan, keselamatan, kejuruteraan, pembangunan, hal ehwal Islam, teknologi maklumat dan perkara berkaitan integriti.
Agihan seliaan unit-unit Bahagian Pengurusan, HSNI adalah seperti berikut:
1) Timbalan Pengarah (Pengurusan)
Pn. Nasraha @ Nadua binti Sami’an (Pegawai Tadbir & Diplomatik M10)
Unit Seliaan : Unit Kewangan, Unit Hasil, Unit Kejuruteraan, Unit Pembangunan, Unit Perolehan, Unit Pengurusan Aset, Unit Teknologi Maklumat
2) Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan)
En. Fahd Ezadee bin Jamaludin (Pegawai Tadbir & Diplomatik M10(M))
Unit Seliaan : Unit Pentadbiran, Unit Sumber Manusia, Unit Keselamatan, Unit Komunikasi Korporat, Unit Hal Ehwal Islam, Seksyen Integriti
VISI DAN MISI BAHAGIAN PENGURUSAN
Visi: Menuju ke arah pengurusan Hospital Sultanah Nora Ismail yang cemerlang.
Misi: Untuk menjadikan Bahagian Pengurusan lebih cekap dalam menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti
Unit Pentadbiran
Pengenalan
Unit Pentadbiran diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N6 (TBK2) dibantu dibantu oleh Pembantu Tadbir N2 serta sebelas (11) tenaga kerja yang terdiri dari Pembantu Setiausaha Pejabat N2, Pembantu Tadbir N2 (TBK1), Pembantu Tadbir N1, Pembantu Perpustakaan S1 dan Pembantu Khidmat Am H1.
Fungsi-fungsi unit pentadbiran adalah seperti berikut:
- Dokumen dan persuratan.
Unit Pentadbiran adalah bertanggungjawab dalam pengurusan semua surat keluar dan masuk sama ada dalam bentuk surat rasmi, dan komunikasi menggunakan emel.
- Pengurusan Bilik Mesyuarat.
Penggunaan bilik mesyuarat dan kemudahan lain seperti perpustakaan dan Dewan Bestari adalah dikoordinasi oleh Unit Pentadbiran. Pegawai yang dipertanggungjawabkan adalah bertanggungjawab untuk menyelaras semua kemudahan ini.
- Percetakan dan alat tulis pejabat.
Unit Pentadbiran adalah bertanggungjawab terhadap keperluan alat tulis pejabat seperti alat tulis, bekalan kertas dan urusan percetakan hospital dan membuat pengagihan kepada semua unit / jabatan di hospital.
- Orientasi dan latihan
Unit Pentadbiran juga dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan orientasi dan latihan. Program Orientasi perlu dilaksanakan kepada semua kakitangan baharu yang meliputi polisi, prosedur, peraturan dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi. Unit Pentadbiran selaku urus setia perlu melaksanakan program orientasi mengikut kesesuaian dan situasi semasa. Selain itu, Unit Pentadbiran juga adalah penyelaras bagi aktiviti Continuous Medical Education (CME) dan Continuous Professional Development (CPD) di dalam hospital.
- Perpustakaan
Unit Pentadbiran juga adalah bertanggungjawab dalam pengurusan perpustakaan perubatan di hospital.
- Asrama dan pengurusan Rumah Kerajaan.
Unit Pentadbiran bertanggungjawab dalam pengurusan asrama jururawat dan Rumah Kerajaan seperti pengurusan mesyuarat, pemantauan dan urusan kemasukan anggota yang berkelayakan.
Unit Sumber Manusia
Pengenalan
Unit Sumber Manusia ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N5 dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N2 serta digalas bersama sebelas (11) orang Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N2 (TBK1) / N1. Unit ini bertanggungjawab ke atas pengurusan kakitangan dan perkhidmatan supaya ianya diselenggara dengan sempurna dan mengikut undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Unit ini melaksanakan pelbagai fungsi seperti pengurusan am sumber manusia, perjawatan, keutuhan dan prestasi, perkhidmatan kakitangan dan perkhidmatan sokongan pengoperasian. Unit ini turut menguruskan sistem-sistem dan maklumat berkaitan seperti MyPortfolio, eProfile, HRMIS dan ePengesahan.
Unit Kewangan & Hasil
Pengenalan
Unit Kewangan diketuai oleh seorang Akauntan WA10 dan dibantu oleh seorang Penolong Akauntan Kanan Gred W6 yang mengetuai Unit hasil. Selain itu, dua (2) Pembantu Tadbir Kewangan Gred W2, lima (5) orang Penolong Akauntan Gred W5 (KUP) dan empat belas (14) Pembantu Tadbir Kewangan (Gred 1 hingga 2) turut sama berganding bahu dalam melaksanakan tugas-tugas di dalam Unit Kewangan dan Unit Hasil.
Fungsi-Fungsi Utama Unit Kewangan
Pengurusan Akaun
- Menguruskan pembayaran secara elektronik melalui sistem iGFMAS bagi Bil-Bil, Perkhidmatan Kontrak, Tuntutan serta Elaun-Elaun dalam Perkhidmatan Awam.
- Menyedia dan menyelaras Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan.
- Memantau Prestasi Perbelanjaan dan penyediaan Laporan-Laporan Kewangan.
Pengurusan Gaji
- Bertanggungjawab mengurus pembayaran gaji dan elaun kakitangan hospital.
- Menyediakan perubahan gaji, menyemak dan membuat pengesahan potongan gaji.
- Menguruskan pembayaran Elaun Lebih Masa, Elaun Tugas Atas Panggilan, Pembedahan Elektif dan Lokum.
Pengurusan Kewangan
- Menguruskan pengeluaran Pesanan Tempatan bagi Pembelian Terus dan Perolehan Sebutharga di peringkat hospital.
- Menguruskan permohonan Pembiayaan Peribadi, Perumahan, Kenderaan dan Komputer.
Pengurusan Hasil
- Menguruskan semua pungutan dan penerimaan hasil hospital.
- Penyediaan laporan bulanan dan tahunan hasil.
- Pengurusan tunggakan hasil.
Unit Pembangunan
Pengenalan
Unit Pembangunan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N6 dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir N2 yang bertanggungjawab memastikan urusan pembangunan (kerja) hospital dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Unit Pembangunan bekerjasama dengan Unit Kejuruteraan bagi melaksanakan tugasan yang melibatkan urusan teknikal dan segala yang berkaitan dengannya.
Unit ini juga bertanggungjawab dalam urusan sewaan premis demis hospital dan juga sewaan premis bukan milik Kerajaan Persekutuan selain urusan kenderaan SPANCO. Unit Pembangunan juga menjadi urusetia kepada beberapa jawatankuasa di dalam pengurusan dalaman hospital seperti Jawatankuasa Premis Demis (Kafeteria, Kedai Hospital dan Mesin Layan Diri) dan Jawatankuasa Tandas Awam Hospital.
Unit Kejuruteraan
Pengenalan
Unit kejuruteraan akan menjadi sebuah unit yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan pelbagai bidang yang menjurus kepada menjadikan insitusi perubatan sebuah insitusi yang cekap fan efision dalam persekitaran yang kondusif dan selamat serta moden.
Unit ini sentiasa berusaha untuk memastikan penswastaan khidmat sokongan hospital yang diberi oleh syarikat konsesi memberi manfaat yang sepenuhnya kepada institusi kesihatan khususnya dan dapat membantu menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi kepada pelanggan amnya.
Unit Kejuruteraan dianggotai oleh seorang Jurutera Operasi J9 dan seorang Pembantu Tadbir N2(TBK 1)
Objektif Unit
- Memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (PSH) bagi perkhidmatan pendobian, pencucian, pengurusan sisa-sisa klinikal, kejuruteraan fasiliti dan kejuruteraan biomedical agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi di hospital.
- Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.
- Memastikan Perkhidmatan Sokongan Hospital yang diberikan adalah cekap dan selamat.
- Merancang dan melaksanakan program-program di bawah BPK.
- Melaksanakan projek baru dan naiktaraf kemudahan kesihatan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui tatacara pengurusan projek yang berkualiti, dengan mengambil kira keseluruhan aspek kejuruteraan dan keperluan peralatan perubatan.
- Memberi Khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan dan saintifik di bawah bidang tanggungjawab BPK.
- Menyedia dan memantau pelaksanaan program penyelenggaraan kejuruteraan di Hospital.
- Menguatkuasakan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) dan peraturan-peraturan berkaitan bagi maksud perubatan untuk memastikan penggunaan sinaran mengion secara selamat, berkesan dan optimum kepada pesakit, pekerja dan orang awam.
Perkhidmatan Di Dalam Jabatan/ Unit
Terdapat 6 skop perkhidmatan yang dipantau dan 3 program tambahan
- Perkhidmatan pembersihan (CLS)
- Perkhidmatan Pembuangan Sisa Klinikal (HWMS)
- Perkhidmatan Linan (LLS)
- Perkhidmatan Fasiliti (FMS)
- Perkhidmatan Biomedikal (BEMS)
- Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FEMS)
- Program tambahan yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun selepas perjanjian baru ditandatangan.
- 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
- IAQ (Indoor Air Quality)
- EM (Energy Management)
Unit Perolehan
Pengenalan
Unit Perolehan merupakan salah satu Unit di Bahagian Pengurusan HSNI. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N5 dan dibantu oleh dua (2) orang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N2 (TBK) dan seorang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1.
Objektif unit:
Merancang, memantau, mengawal dan menyelia perolehan Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat berpandukan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia berdasarkan tatacara perolehan.
- Menguruskan peruntukan Hospital secara cekap, berkesan dan paling menguntungkan bagi mencapai matlamat perolehan.
- Menggalakkan dan meningkatkan inovasi dan daya saing hospital.
- Mencapai objektif sosio ekonomi bumiputera dengan menjadi pemangkin usaha rangsangan ekonomi.
- Memastikan semua perolehan hospital mengikut tatacara perolehan kerajaan yang telah ditetapkan.
Fungsi Unit ialah:
- Memastikan semua sebut harga dilaksanakan mengikut tatacara perolehan kerajaan yang telah ditetapkan.
- Memastikan pembelian terus mengikut tatacara perolehan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
- Memastikan permohonan bantuan sara ubat kerajaan dilaksanakan mengikut tatacara perolehan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
- Memastikan kontrak/perjanjian di selia dan disimpan dengan baik.
- Memastikan perolehan yang dibuat menggunakan sistem ePerolehan.
- Memastikan Rundingan Terus dilaksanakan mengikut tatacara perolehan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
- Menyediakan laporan intergrity pact dan di hantar ke Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) setiap bulan.
- Menyediakan permohonan Perancangan Perolehan Tahunan Tambahan sekiranya keperluan jabatan mendesak.
- Memastikan syarikat mematuhi semua obligasi kontrak yang termaktub dalam perjanjian bersama Hospital.
Pencapaian Unit:
- Telah membuat perolehan secara sebut harga bagi perkhidmatan dan bekalan sebanyak 120 sebut harga.
- Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, telah menjadi tempat rujukan bagi Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang lain berkenaan dengan proses perolehan dan memohon nasihat serta pandangan.
- Berjaya menyelesaikan permohonan sara ubat kerajaan sebanyak 210.
- Semua pembelian terus dapat diselesaikan sehingga peringkat bayaran sebelum tarikh tutup akaun 5/12/2024.
- Unit perolehan HSNI juga dipilih sebagai PTJ yang bertanggungjawab sebagai urusetia perolehan bagi jabatan Pediatrik Hospital Pasir Gudang. Sebanyak 22 Sebut harga telah dilaksanakan sehingga peringkat pengeluaran SST. Manakala pembelian terus adalah sebanyak 34 kategori peralatan.
Unit Pengurusan Aset
Pengenalan
Unit Pengurusan Aset, HSNI merupakan salah satu Unit di Bahagian Pengurusan HSNI. Unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir N5 dan dibantu oleh dua (2) orang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1.
Unit pengurusan aset adalah bertanggungjawab bagi:
- Memastikan keadaan Aset Hospital sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan. Aset Hospital yang berjumlah 21,741-unit yang terdiri dari Aset Harta Modal (HM) dan Aset Bernilai Rendah (ABR) perlu dipastikan diselenggara melalui pihak konsesi.
- Pemeriksaan Aset perlu diselesaikan 100% pada setiap empat (4) Suku tahun iaitu Januari hingga Mac sebanyak 25%, April hingga Jun 50%, Julai hingga September 75% dan Oktober hingga Disember 100%.
- Memastikan setiap Aset perlu didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh Testing and Commisionning (TNC) dilaksanakan.
- Membuat permohonan bagi Aset sumbangan yang diterima. Permohonan perlu dihantar kelulusan diperingkat JKNJ untuk Nilai Aset RM49,999.99 dan ke bawah dan Kelulusan KKM untuk nilai Aset RM50,000.00 dan ke atas.
- Mamastikan semua Aset Harta Modal yang bernilai RM2,000.00 didaftar dalam sistem igfmas
- Memastikan mesyuarat ASIS dilaksanakan bersama Pengarah, Jurutera dan MSB setiap minggu bagi pengesahan mula perkhidmatan setiap Aset Baharu, Pindahan atau Sumbangan.
- Melaksanakan SNF V3, V4, V7, V8 dan V9 Aset Alih dan Aset Tak ALih. Didaftarkan System Asset and Services Information System (ASIS) untuk kerja-kerja Penyelenggaraan Aset oleh Pihak Konsesi Hospital.
- Melaksanakan sesi Tesng and Commisionning (T & C) bersama pihak Syarikat dan Jabatan bagi memastikan semua perolehan aset dalam keadaan baik sebelum diserah kepada Jabatan.
- Menyediakan Laporan Perbezaan Baki Aset Bukan Kewangan pada setiap bulan. Dihantar ke Akauntan Johor dan Bahagian Kewangan KKM.
- Menyediakan Laporan Templete Verifikasi Aset (TVA). Dihantar ke Akauntan Negeri Johor untuk setiap sukuan.
- Laporan Pengesahan Baki Inventori Kertas Kerja Sokongan (KKS) perlu dihantar ke Akauntan Negeri Johor pada setiap bulan.
- Menyediakan Laporan Pengesahan Baki Susut Nilai perlu dihantar ke Akauntan Negeri Johor pada setiap bulan.
- Menyediakan Laporan Pengemaskinian Aset kepada JKNJ pada setiap bulan sebelum 10 haribulan bulan berikutnya.
- Menyediakan Laporan HPIA bagi Indikator 13 dan diserah ke Unit Kualiti pada setiap bulan.
- Menyediakan Laporan HPIA bagi Summerised Indikator 13 dan diserah ke Unit Kualiti pada setiap sukuan.
- Menyediakan Laporan Perfomance Verification Form bagi Indikator 13 dan diserah ke Unit Kualiti pada setiap sukuan.
- Melaksanakan Pembentangan Laporan JKPAK kepada Jawatan Kuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) pada setiap Sukuan (Jan, April, Julai, Oktober)
- Mengumpul Data Verifikasi Stor untuk pelaporan ke JKNJ dan pembentangan Mesyuarat JKPAK
- Melaksanakan pembentangan Status Pelupusan Aset pada setiap 2 minggu.
- Memastikan Pelupusan Aset dilaksanakan secara berterusan dengan memastikan semua aset dilupus dengan sempurna sehingga selesai sebelum tamat tempoh Sijil PEP.
- Memastikan Semua Pindahan Masuk dan Pindahan Keluar Aset telah dikemaskini dalam sistem igfmas.
Unit Keselamatan
Pengenalan
Unit Keselamatan melaksanakan beberapa aktiviti teras sepanjang tahun dan sentiasa ditambah baik prosedur perlaksanaannya bersesuaian dengan keadaan semasa seperti berikut: -
- Aktiviti pemantauan lalu lintas, kawalan keselamatan fizikal dan penyediaan parkir khas untuk pelawat.
- Pemantauan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan swasta.
- Aktiviti pengeluaran pas pekerja tetap, kad akses dan pelekat kenderaan bagi kakitangan hsni.
- Memastikan aduan / kes yang dilaporkan diambil tindakan.
- Memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan kepada jabatan.
Unit ini adalah diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Keselamatan KP6 dan dibantu oleh seorang Pembantu Keselamatan Kanan KP2, lima (5) orang Pembantu Keselamatan KP1 serta dua (2) Pengawal Keselamatan KP1.
Unit Hal Ehwal Islam
Pengenalan
Unit Hal Ehwal Islam merupakan salah satu unit di Bahagian Pengurusan Hospital Sultanah Nora Ismail. Unit ini mula wujud setelah pengisian 1 perjawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Gred S5 pada 14 November 2013. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam bertanggungjawab mengimarahkan Unit Hal Ehwal Islam dan Program Hospital Mesra Ibadah.
Objektif unit
- Berusaha menyebarkan ajaran Islam secara berterusan kepada kakitangan, pesakit dan keluarga.
- Memupuk dan membimbing kakitangan kaedah lebih berwibawa, amanah dan berhikmah.
- Menghasilkan kaedah pengurusan sistem kerja berteraskan nilai akhlak serta etika Islam.
- Memberi pendedahan kepada kakitangan untuk memahami keperluan yang utama apabila berkaitan ibadah menurut Islam.
Tugasan bagi setiap fungsi:
- Merancang takwim dan bajet tahunan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI).
- Merancang dan melaksanakan program berdasarkan takwim tahunan.
- Merancang dan melaksanakan program dengan kerjasama agensi luar.
- Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan.
- Melaksanakan program kerjasama dengan Sekretariat Hospital Mesra Ibadah (HMI) KKM dan lain-lain agensi bagi pelaksanaan Program HMI.
- Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan Program HMI secara berkala.
- Melaksana dan memantau pelaksanaan Program HMI menepati standard kualiti HMI KKM di hospital.
- Merancang dan memberi bimbingan ibadah kepada pesakit, waris dan warga kerja hospital termasuk azan dan iqamah kepada bayi.
- Menyelenggara dan memantau bahan sokongan Program HMI.
- Memantau dan memastikan masjid/surau/ruang solat dan peralatan ibadah mencukupi dan selesa untuk digunakan. (Al-Quran/Yasin/dll bahan cetakan)
- Menyelaras pengumuman masuk waktu solat / waktu berbuka puasa dan bacaan doa pagi.
- Menyediakan laporan Program HMI.
- Melaksanakan program penerapan nilai-nilai murni dengan kerjasama agensi yang berkaitan.
- Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program penerapan nilai-nilai murni secara berkala.
- Menyediakan laporan program penerapan nilai-nilai murni.
- Melaksanakan kerjasama dengan institusi/agensi berkaitan bagi pelaksanaan program penjagaan spiritual.
- Merancang dan melaksana program penjagaan spiritual secara berkala.
- Menyelenggara dan memantau bahan sokongan program penjagaan spiritual.
- Menyelaras bacaan doa di wad dan di dewan bedah kepada pesakit.
- Menyelaras khidmat bimbingan spiritual kepada pesakit waris dan warga kerja meliputi sabar, syukur, redha dan kemaafan.
- Menyediakan laporan penjagaan spiritual
- Melaksanakan kerjasama dengan institusi/agensi berkaitan bagi pelaksanaan pengurusan jenazah Islam.
- Menyediakan laporan pengurusan jenazah.
- Menguruskan fatwa dan hukum syarak berkaitan fiqh perubatan serta farmaseutikal halal sedia ada.
- Menyelaras dan mengurusetia permasalahan berkaitan isu-isu perubatan kontemporari.
Unit Komunikasi Korporat
Pengenalan
Unit Komunikasi Korporat diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Penerangan S5 dan dibantu oleh lapan (8) orang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N2/N1 yang berfungsi dalam:
- Mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon.
- Membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai.
- Menyelaras aduan awam Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat yang diterima melalui borang aduan, Sistem Pengurusan Aduan (SisPAA), surat panggilan telefon, faks, e-mel, atau secara bersemuka.
- Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkanT kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.
- Mewujudkan dan mengekalkan hubungan baik dengan media massa bagi membolehkan maklumat mengenai Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat terutama yang berkaitan dengan aduan dapat disalurkan secara tepat.
Objektif Unit:
Memelihara dan meningkatkan imej positif Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat melalui startegi perhubungan awam yang teratur dan pengurusan aduan awam yang berkesan dalam memenuhi kehendak pelanggan.
Unit Teknologi Maklumat
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi diwujudkan pada tahun 2008. Unit ini terdiri daripada tiga (3) orang Pegawai Teknologi Maklumat F10, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F6, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5 dan seorang Juruteknik Komputer FT1.
Objektif utama unit ini ditubuhkan adalah untuk merancang dan melaksanakan program perkhidmatan Teknologi Maklumat yang cekap dan berkesan kepada jabatan mengikut dasar ICT semasa yang telah ditetapkan oleh Kementerian dan Kerajaan.
Misi:
Memastikan dan menyelaras perlaksanaan ICT dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan sebagai salah satu usaha untuk pemodenan perkhidmatan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor.
Visi:
Berusaha ke arah perlaksanaan Information and Communication Technology (ICT) yang cemerlang menerusi teknologi yang cekap dan tepat.
Objektif:
- Merancang dan melaksanakan program perkhidmatan Teknologi Maklumat yang cekap dan berkesan kepada jabatan mengikut dasar ICT semasa yang telah ditetapkan oleh Kementerian dan Kerajaan.
- Merangka program bagi meningkatkan keberkesanan perancangan dan perlaksanaan ICT di peringkat jabatan.
Perkhidmatan Di Dalam Jabatan/ Unit:
- Mengurus dan mengendalikan perkhidmatan ICT yang di kategorikan seperti berikut:
- Sistem (Aplikasi) ICT
- Operasi ICKhidmat Sokongan Teknikal
- Khidmat sokongan teknikal ini melibatkan kerja-kerja format dan instalasi komputer atau laptop, bantuan teknikal PA System, pengurusan rangkaian, mesin finger print dan penyelenggaraan semua peralatan ICT (komputer, komputer riba, pencetak dan peranti rangkaian).
- Khidmat Sokongan Teknikal (Operasi)- Khidmat Sokongan Teknikal (Operasi) pula melibatkan operasi on-call, operasi salinan pangkalan data, operasi latihan dan operasi bantuan sokongan teknikal selain HSNI (Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat termasuk Klinik Kesihatan dan Klinik Desa seluruh Batu Pahat serta Pejabat Pergigian Daerah Batu Pahat.
- Khidmat Sokongan Teknikal (Sistem)
Khidmat sokongan teknikal ini melibatkan bantuan dan sokongan teknikal terhadap sistem sistem yang di gunapakai oleh kakitangan hospital iaitu:
- Sistem berkaitan Kerajaan Elektronik (HRMIS, eSPKB, ePerolehan, eGL dan lain-lain;
- Sistem Intranet dan Sistem Client Server (Finger Print, SPPD/SPPL);
- Sistem Berasaskan Web (myCPD, SMRP, ePRS dan lain-lain);
- Emel dan Internet;
- Aplikasi Automasi Pejabat
- Dokumen Elektronik (e-ISO, e-Kualiti dan lain-lain)
Seksyen Integriti
Pengenalan
Seksyen Integriti (SI) Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat diwujudkan sebagai usaha kawalan dalaman untuk menguruskan integriti di peringkat jabatan di bawah sebuah satu unit/ seksyen yang khusus. Ini adalah sejajar dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013.
Seksyen Integriti HSNI melaksanakan tujuh (7) fungsi teras iaitu:
- Tadbir Urus: Membantu dalam memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan khususnya yang melibatkan perkara terperingkat sulit.
- Pengukuhan Integriti: Membantu dalam memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
- Pengesanan dan Pengesahan: Membantu dalam mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan Membantu dalam melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
- Pengurusan Aduan: Membantu dalam menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
- Pematuhan: Membantu dalam memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
- Tatatertib: Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan No.2 HSNI dan Urus setia tatatertib bagi kes-kes di jabatan.
Menguruskan dokumen dan surat menyurat terperingkat SULIT di jabatan.
