Perkhidmatan Sokongan Bukan Klinikal
Rekod Perubatan

Unit Rekod Perubatan merupakan salah sebuah unit di bawah organisasi Perkhidmatan Sokongan Bukan Klinikal hospital. Unit ini terletak di Blok A, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.
Unit ini diketuai oleh En Rusli Bin Mohamad, Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N36 dan beliau dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N32, 3 orang Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N29 dan 6 orang Pembantu Tadbir N19. Tanggungjawab utama Unit Rekod Perubatan adalah dalam mentadbir-urus rekod perubatan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital. Selain itu, jabatan ini juga berperanan dalam menganalisa dan seterusnya mengeluarkan perangkaan statistik berhubung penjagaan dan perawatan pesakit di hospital. Dari aspek perundangan pula, unit ini bertangunggjawab dalam memproses Laporan Perubatan yang dipohon.
Promosi & Pendidikan Kesihatan
Konsep pendidikan pesakit mula diperkenalkan di hospital-hospital di Malaysia pada Rancangan Malaysia ke Lima (1986-1990) dengan penubuhan Unit Pendidikan Pesakit di 10 buah hospital besar di Malaysia pada tahun 1989.
Tujuan Unit Pendidikan Kesihatan diwujudkan adalah untuk memperkasakan pesakit dan keluarga dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang spesifik bagi membolehkan mereka menguruskan sendiri penyakit ke arah peningkatan kualiti hidup yang lebih baik. Selain itu, menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan dan pendidikan kesihatan bagi menggalakkan perubahan tingkahlaku yang positif di kalangan pesakit, keluarga, orang awam dan kakitangan hospital.
Di Hospital Sultanah Nora Ismail, Unit ini dianggotai oleh 3 orang iaitu, 2 orang Pegawai Pendidikan Kesihatan (S41) dan seorang pembantu perawatan kesihatan (KUP 12).
Kesihatan Awam
Unit Kesihatan Awam merupakan salah satu Perkhidmatan Sokongan Klinikal yang memainkan peranan penting dalam aspek pencegahan, koordinasi kawalan, pendidikan kesihatan dan isu-isu kesihatan awam bagi anggota hospital, orang awam, kemudahan, peralatan, perkhidmatan dan persekitaran supaya tindakan- tindakan dan khidmat nasihat teknikal diberikan mengikut kesesuaian.
Perkhidmatan Pensterilan Berpusat
Unit Bekalan Bahan Steril atau ‘Central Supply Sterile Services Unit’(CSSU),HSNI terbahagi kepada dua iaitu CSSD A dan CSSU B.CSSD A terletak di aras bawah bangunan Blok A manakala CSSU B terletak di tingkat dua Blok B (bangunan baru) HSNI . Dewan Bedah terletak diatas kedua-dua lokasi Unit Bekalan Steril ini.
Menggunakan sepenuhnya System Centrax yang menyediakan perkhidmatan pensterilan dan bekalan serta peralatan steril kepada Dewan Bedah, wad-wad, klinik-klinik, Unit Daycare, Unit Heamodialisis, Jabatan Radiologi, Jabatan Farmasi, Jabatan Kecemasan dan Unit Onkologi.Selain dari itu Unit Bekalan Steril HSNI juga menyediakan perkhidmatan pensterilan untuk klinik-klinik kesihatan sekitar Batu Pahat.
Perkhidmatan yang disediakan
- Menyediakan dan membekalkan set-set steril.
- Penyediaan dan pembekalan soft pack steril.
- Penyediaan dan pembekalan linen pack
- Menyediakan perkhidmatan 24 jam (kit cupboard).
- Bertugas atas panggilan.
Aktiviti Unit
- Program bacaan yasin
- Mesyuarat unit
- CNE unit
Keselamatan & Kesihatan Pekerja
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan satu unit di bawah perkhidmatan sokongan klinikal.
Fungsi unit :
- Mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berterusan dan teratur.
- Mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta peralatan-peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi.
- Mengkaji dan menyemak tentang trend kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan nyaris, keracunan atau penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
- Menjalankan pemeriksaan, penyiasatan dan memantau prestasi keselamatan dan kesihatan tempat kerja.
Klinik Kesihatan Pekerja merupakan salah satu komponen UKKP yang bertanggungjawab:
- Melakukan saringan penyakit Non communicable disease NCD bagi semua petugas kesihatan hospital.
- Menguruskan saringan TB dan hepatitis kepada anggota kumpulan berisiko tinggi.
- Menguruskan kes kemalangan di tempat kerja, kekerasan di tempat kerja, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan.
- Mengendalikan kaunseling pemakanan untuk petugas yang mempunyai masalah obesiti, diabetes mellitus, hypertension, kolesterol tinggi, stress dan ingin berhenti merokok.
- Memberi rawatan bagi kes-kes ringan kepada petugas.
- Melakukan pemeriksaan tahunan kepada anggota yang terdedah kepada sinaran X-ray.
- Menjalankan program immunisasi Hepatitis B, Seasonal Flu (Influenza), Thyphoid (anggota yang terlibat dengan penyediaan makanan) dan immunisasi Covid-19.
