Perkhidmatan Klinikal
Perubatan Am

Jabatan Perubatan Am merupakan salah satu jabatan klinikal utama di Hospital Sultanah Nora Ismail. Jabatan ini menyandang visi untuk menyediakan perawatan pesakit berkaitan perubatan am dengan memberi fokus kepada peningkatan taraf kecemerlangan perkhidmatan
rawatan pesakit dalam dan luar.
Antara matlamat utama jabatan ini adalah :
1. Menyediakan prasarana perawatan yang selamat melalui perkhidmatan kepakaran sejajar dengan teknologi semasa.
2. Memastikan perawatan pesakit disampaikan oleh anggota yang kompeten.
3. Mengamalkan sikap berintegriti dalam melindungi hak dan maruah pesakit.
4. Komited dalam menyampaikan perkhidmatan melalui semangat kerja berpasukan, penyayang dan profesional dalam mengutamakan kepuasan pelanggan.
Jabatan ini diketuai oleh Dr Chua Hwee Hwee – Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Geriatrik, berbekalkan tenaga kerja seperti berikut: seorang Pakar Perunding Nefrologi, 13 orang Pakar Perubatan Dalaman, 19 orang Pegawai perubatan, 5 orang Penolong Pegawai Perubatan, 2 orang Penyelia Jururawat, 10 orang Ketua Jururawat, 134 orang Jururawat Terlatih, 16 orang Pembantu Perubatan Kesihatan, dan seorang Pembantu Tadbir.
Fasiliti jabatan meliputi Klinik Pakar Perubatan, Pusat Sumber Diabetes, Wad Perubatan Lelaki dan Perempuan, wad Covid-19, wad saringan Covid-19, "medical high-dependency ward" (MHDW), kubikel geriatric di dalam wad pelbagai disiplin, Unit hemodialisis dan CAPD.
Perkhidmatan pesakit luar yang disediakan merangkumi perkhidmatan klinik rawatan pakar tetap dan sub-kepakaran lawatan. Klinik Rawatan Pakar Tetap pula meliputi Klinik Perubatan, Klinik Geriatrik, Klinik Nefrologi, Klinik Post Discharge, Klinik Warfarin dan Klinik Kes Baru. Klinik rawatan sub-kepakaran pula meliputi Klinik Respiratori, Klinik Kulit, Klinik Endokrin, Klinik Hematologi dan Klinik Neurologi. Prosedur yang ditawarkan oleh Klinik
Pakar Perubatan adalah termasuk pengambilan spesimen darah dan urin, Ujian Elektroensefalografi (EEG), Ujian Elektrokardiografi, Ujian Ekokardiografi, Ujian Stress Senaman, Ujian Fungsi Paru-paru dan Ujian Mantoux.
Bagi perkhidmatan pesakit dalam, sebanyak 4 wad dikhususkan untuk Jabatan Perubatan Am. Wad perubatan terletak di Aras 2 bangunan Blok A (wad 3, wad 4, wad 5 dan wad 6) dan Aras 6 bangunan Blok B (wad 6A). Wad-wad ini diketuai oleh ketua jururawat dan dibantu oleh jururawat terlatih serta pembantu perawatan kesihatan. Wad-wad ini dipantau oleh penyelia jururawat kawasan dan berada di bawah pengawasan Ketua Jabatan Perubatan.
Unit Hemodialisis terletak di bangunan blok A aras 1 bersebelahan dengan Klinik Pakar 5. Perkhidmatan yang disediakan oleh unit hemodialisis adalah:
1. Memberi rawatan hemodialisis kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, Bagi kategori pesakit dalam dan pesakit luar.
2. Memberi suntikan Erythropoietin Eprex untuk pesakit Hemodialisis dan Recormon untuk pesakit CAPD.
3. Menjalankan rawatan hemodialisis untuk pesakit akut di dalam wad dan ICU.
4. Rawatan susulan bagi pesakit-pesakit buah pinggang di Klinik Nefrologi pada setiap hari Ahad dan Rabu.
5. Memberi khidmat nasihat (kaunseling) dalam membantu pesakit kembali menjalani kehidupan yang lebih baik
Psikiatri
Bermula pada April 1999, Perkhidmatan Rawatan Psikiatri dinaik taraf kepada Jabatan Psikiatri, diketuai Pakar Psikiatri dan 6 orang anggota beroperasi di Klinik Pakar 3. Skop perkhidmatan pada masa itu merangkumi Pesakit Luar Pakar dan Rawatan Pesakit Dalam diperuntukkan masing-masing 4 katil di Wad 3 dan Wad 5 (perubatan lelaki & perempuan).
Mulai 2000, Perkhidmatan Rawatan di Komuniti Pesakit dimulakan. Pada Julai 2003, operasi klinik pakar telah dipindahkan ke Klinik Pakar 1 oleh kerana perkembangan perkhidmatan Oftalmologi di Klinik Pakar 3. Penghujung Ogos 2013, penubuhan wad psikiatri (Wad 8) dengan pembukaan wad psikiatri bagi pesakit lelaki (24 katil), manakala wad pesakit perempuan beroperasi pada Nov 2014, (24 katil) dengan pembahagian 4 kubikel di wad 8.
Seterusnya pada 15 Julai 2020, perkhidmatan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) beroperasi dengan kerjasama Kelab Kesihatan Mental Batu Pahat, yang menyewa premis pejabat Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor yang beralamat Jalan Tanah Merah, Taman Tanah Merah, Batu Pahat, Johor dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohd Rashid bin Hasnon, Ahli Parlimen Batu Pahat merangkap
Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada 18 Oktober 2020. Pusat kesihatan mental masyarakat (MENTARI) ini bertujuan untuk memulihkan pesakit psikiatri supaya mereka boleh hidup dalam masyarakat sebagai seorang insan yang boleh berdikari. MENTARI Batu Pahat menawarkan perkhidmatan rawatan jagaan masyarakat termasuk pemeriksaan, diagnosis, rawatan dan pemulihan pesakit yang menghidapi kecelaruan mental, seperti yang diperuntukkan oleh Akta Kesihatan Mental (2001) dan Peraturan-peraturan Kesihatan Mental (2010).
MENTARI Batu Pahat kini semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat. Selain dari pendedahan di media sosial yang semakin meluas, peningkatan jumlah klien ke MENTARI Batu Pahat adalah kerana keselesaan lot premis dan lokasi yang mudah untuk dikunjungi.
Terdapat 4 perkhidmatan utama yang disediakan di MENTARI Batu Pahat iaitu Saringan Kesihatan Mental, Perkhidmatan Pesakit Luar Psikiatri merangkumi Diagnosis dan Rawatan Penyakit Mental serta Program Rehabilitasi Psikiatri (berdasarkan Akta Kesihatan Mental 2001).
Pembedahan Am
Jabatan Pembedahan, HSNI merupakan salah satu jabatan klinikal yang memberi perkhidmatan pembedahan merangkumi pesakit dalam, rawatan pesakit luar dan rawatan harian (endoskopi dan rawatan harian pembedahan).
Perkhidmatan utama Jabatan Pembedahan terletak di Blok B, dan perkhidmatan pesakit luar terletak di Blok A. Wad dewasa terletak di tingkat 4, Blok B hospital terdiri daripada Wad 4A (wad perempuan) dan Wad 4B (wad lelaki). Unit Endoskopi, terletak di tingkat 3, Blok B. Unit Rawatan Harian Pembedahan terletak di antara wad 4A dan wad 4B, 6 katil di wad 6A (wad kelas pertama), wad surgikal Pediatrik yang terletak di wad 2 (wad pediatrik pelbagai disiplin) manakala Klinik Pakar Pembedahan (SOPD) dan wad serta unit rawatan harian Onkologi terletak di tingkat bawah Blok A.
Perjawatan di Jabatan Surgikal
Jabatan ini terdiri dari Pakar Perunding Pembedahan Am Gred khas C, diisi oleh 4 orang Pegawai Perubatan (Pakar), Pegawai Perubatan 15 orang, dan dibantu oleh kakitangan kejururawatan iaitu, Jururawat 44/42/41, 2orang, Jururawat U 36 masih kosong, jururawat U32 seramai 5 orang, Jururawat /KUP 32-81 orang mengikut perjawatan telah diisi tetapi 13 orang jururawat telah dipinjamkan ke jabatan lain, PPPU32:1 masih tiada pengisian, Penolong Pegawai Perubatan U29/U32: 4 orang dan Pembantu Perawatan Kesihatan U11/KUP 14 seramai 13 orang.
Ortopedik
Jabatan Ortopedik Hospital Sultanah Nora Ismail telah memulakan perkhidmatan pada tahun 1998, dimana pada awalnya dimulakan oleh Pakar Bedah Ortopedik kontrak (bukan warganegara).
Pada tahun 2000, Jabatan Ortopedik menerima pakar tempatan yang dan kemudahan canggih,disokong oleh pasukan Pakar Bedah Ortopedik dan
kakitangan yang berdedikasi.
Perkhidmatan Ortopedik telah dimulakan di bangunan Blok A dan telah berpindah ke Blok B pada tahun 2013 dengan peningkatan bilangan katil dan waktu operasi. Perkhidmatan pesakit dalaman terletak di Blok B manakala perkhidmatan pesakit luar terletak di Blok A.
Wad pesakit dewasa yang terletak di tingkat 5, Blok B dibahagikan kepada 2 buah wad. Wad tersebut terdiri daripada Wad 5A (wad perempuan) dan Wad 5B (wad lelaki). Manakala pesakit kelas pertama pula ditempatkan di tingkat 6 (wad 6A). Wad Ortopedik Pediatrik pula terletak di wad 1 (wad pediatrik pelbagai disiplin) yang terletak di Blok A.
1. Perkhidmatan Pesakit Dalam
- Menyediakan tahap perkhidmatan penjagaan pesakit yang optimum dan berkesan termasuk diagnosis dan rawatan awal dalam persekitaran yang selesa bagi meningkatkan taraf kesihatan umum.
- Untuk menerima inisiatif WHO "Safe Surgery Safe Live".
2. Perkhidmatan Pesakit Luar
- Untuk menyediakan perkhidmatan diagnostik, rawatan yang sesuai, berkesan dan selesa untuk penjagaan pesakit luar.
3. Perkhidmatan Ambulatory (Pembedahan Penjagaan Harian)
- Untuk menyediakan perkhidmatan diagnostik dan rawatan kepada pesakit yang memerlukan perkhidmatan pembedahan.
- Memastikan penggunaan perkhidmatan pembedahan harian dengan baik.
VISI
Perkhidmatan ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran Ortopedik yang selamat dan mampan kepada pesakit, berdasarkan prinsip perkhidmatan penyayang, kecekapan dan kerja berpasukan profesional.
MISI
Menyediakan perkhidmatan yang selamat kepada pesakit dengan cekap dan komited terhadap latihan. Menyediakan perkhidmatan Ortopedik dan Traumatologi moden yang komprehensif dan cekap yang mengutamakan pesakit dan kos efektif dengan tujuan untuk pemulihan fungsi pesakit yang optimum sambil menghadkan kecacatan.
Anestesiologi & Rawatan Rapi
Dewan Bedah terbahagi kepada dua bangunan iaitu bangunan lama dan bangunan baru, bangunan lama terletak di aras 2 berhadapan Dewan Bersalin dan bersebelahan unit rawatan rapi, sementara bangunan baru pula terletak di Aras 3 Bangunan baru, Hospital Sultanah Nora Ismail.
Perkhidmatan dewan bedah bangunan baru yang mula beroperasi pada bulan Julai tahun 2013, diketuai oleh Penolong Pegawai Perubatan merangkap OT Manager, 3 orang Ketua Jururawat yang kesemuanya mempunyai kelayakan pos basik perioperatif dan Penolong Pegawai Perubatan yang mempunyai kelayakan pos basik perianestesia dan dibantu oleh Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan Scrub / Circulating / Anestesia , dan Pembantu Perawatan kesihatan.
Sejajar dengan kehendak perawatan yang diperlukan, Jabatan Anestesiologi telah mengembangkan perkhidmatannya dengan penambahan acute pain service dan perioperatif anestesia untuk pesakit yang akan menjalani pembedahan atau prosedur diagnostik. Perkhidmatan Klinik Anestesia pula diwujudkan untuk pesakit luar sebagai penjagaan perioperatif pesakit yang telah dijadualkan pembedahannya secara elektif.
VISI
Jabatan Anestesiologi dan Dewan Bedah, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat akan memberikan perkhidmatan berkualiti dan profesional berasaskan teknologi terkini dan bersesuaian di dalam persekitaran kerja yang selamat dan progresif.
MISI
Jabatan Anestesiologi dan Dewan Bedah, akan memberi perkhidmatan pembiusan dan rawatan kritikal kepada semua pesakit yang memerlukan dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian, inovatif serta menitikberatkan aspek-aspek keselamatan, profesionalisme dalam lingkungan kerja yang harmoni dan berpengetahuan bagi memenuhi kehendak pelanggan.
SKOP PERKHIDMATAN
1. Pembiusan untuk pembedahan elektif dan juga kecemasan
2. Klinik Anestesia untuk penilaian pesakit sebelum pembedahan
3. Perkhidmatan epidural untuk pesakit obstetrik (Obstetric Analgesia Service) di dewan bersalin
4. Perkhidmatan kesakitan akut (Acute Pain Service) untuk menangani kesakitan selepas pembedahan
5. Memberi rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi.
Perkhidmatan Pembiusan
Jabatan Anestesia dan Rawatan Intensif menyediakan perkhidmatan pembiusan untuk membantu prosedur- prosedur dari pelbagai disiplin pembedahan di Hospital Sultanah Nora Ismail. Dewan Bedah ini dilengkapi dengan peralatan pembiusan yang moden dan terkini.
Klinik Anestesia
• Klinik Anesthesia menyediakan konsultasi pembiusan sebelum pembedahan dalam mengoptimumkan keadaan pesakit dari pelbagai disiplin pembedahan.
• Klinik anestesia menyediakan penilaian menyeluruh terhadap kes rujukan dari jabatan-jabatan lain dan berkerjasama dengan jabatan-jabatan perubatan dan pembedahan untuk konsultasi dan penilaian sebelum pembedahan dijalankan. Ini telah membantu dalam menurunkan kadar pembatalan kes.
• Klinik anestesia terletak di bangunan Blok A berhadapan dengan Jabatan Radiologi. Konsultasi diberikan oleh pakar dan pegawai perubatan dibantu oleh jururawat terlatih.
Obstetrik Analgesia Service
Obstetrik Analgesia Service adalah sebahagian daripada rawatan kesakitan akut di Jabatan Anestesia yang memberikan perkhidmatan epidural kepada pesakit di Dewan Bersalin atas rujukan Jabatan Obstetrik dengan indikasi atau atas permintaan pesakit. Pakar dan pegawai perubatan dibantu oleh jururawat terlatih yang bertugas di Klinik Anestesia sentiasa bersedia menyediakan perkihidmatan yang terbaik dan selamat kepada para pesakit.
Perkhidmatan Kesakitan Akut (Acute Pain Service)
Perkhidmatan Kesakitan Akut menyediakan perkhidmatan dalam menangani kes kesakitan selepas pembedahan elektif atau kecemasan. Perkhidmatan ini bertujuan ke arah Pain Free Hospital. Pesakit dinilai dan diperiksa secara kerap untuk memastikan bahawa mereka menerima perkhidmatan kesakitan akut yang mencukupi tanpa kesan samping ubat. Ini secara tidak langsung dapat mempercepat proses penyembuhan, mengurangkan durasi perawatan di hospital dan mengurangkan post-operative morbidity.
UNIT RAWATAN RAPI
Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nora Ismail beroperasi di 2 lokasi iaitu:
• Unit Rawatan Rapi Blok A
Lokasi di aras satu Blok A bersebelahan Dewan Bedah (4 katil termasuk 1 bilik isolasi).
• Unit Rawatan Rapi Blok B (HDW)
Lokasi di aras 3 Blok B. Mula beroperasi pada Bulan Oktober 2016, bersebelahan Bilik Endoskopi dan Dewan Bedah. Mempunyai 10 katil
termasuk 2 bilik isolasi “negative pressure”. Unit Rawatan Rapi ini diketuai oleh Pakar Bius yang berpengalaman luas dan dibantu oleh Pegawai
Perubatan pelbagai gred.
Unit Rawatan Rapi Blok A mula beroperasi pada tahun 1994 dan menempatkan 4 buah katil dan telah dinaik taraf menjadikan 8 buah katil ada tahun 2000. Pada tahun 2016 Unit Rawatan Rapi Blok B dibuka dengan keupayaan katil sebanyak 10 katil menjadikan 18 katil keseluruhannya.
Pada tahun 2018 Medical High Dependency Unit telah dibuka dengan menggunakan 4 katil menjadikan katil di Unit Rawatan Rapi menjadi 14 katil sahaja sehingga hari ini. Menerima rujukan pesakit pelbagai displin seperti Pembedahan, Perubatan, Orthopedik, Obstetrik dan Ginakologi, Pediatrik, Otorinolaringologi dan Oral and Maxillofacial Surgery (OMFS)
Oftalmologi
Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Nora Ismail adalah merupakan pusat rujukan untuk penyakit mata bagi daerah Batu Pahat. Ia menyediakan perkhidmatan Oftalmologi yang menyeluruh merangkumi pengesanan, perawatan, pembedahan dan pemulihan. Jabatan Oftalmologi menerima kes rujukan dari semua agensi kesihatan kerajaan dan swasta daerah Batu Pahat.
Jabatan ini dibarisi oleh anggota yang terdiri daripada 4 orang Pakar Oftalmologi, 8 orang Pegawai Perubatan, 6 orang pegawai Optometri dan dibantu oleh 12 orang kakitangan iaitu Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Otorinolaringologi
Dikenali sebagai Jabatan Telinga, Hidung & Tekak, ianya diketua oleh Dr Chow Tuck Kit, Pakar Otorinolaringologi Gred UD52, dengan kekuatan tenaga kerja seperti berikut :
• Pakar Otorinolaringologi : 3
• Pegawai Perubatan Tetap : 5
• Pegawai Perubatan Kontrak : 1
• Penolong Pegawai Perubatan Tetap : 3
• Penolong Pegawai Perubatan Kontrak : 1
• Pembantu Perawatan Kesihatan : 4
• Pembantu Tadbir : 1
• Pegawai Pemulihan Pendengaran : 4
• Pegawai Pemulihan Pertutura : 3
Jabatan Otorinolaringologi yang dikenali juga sebagai Klinik Pakar 6 terletak di Bangunan Blok A yang berhadapan dengan Jabatan Kecemasan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
• Klinik Rujukan Kes Baru Klinik Rujukan Kes Ulangan Klinik Penelanan ( FEES )
• Klinik Obstructive Sleep Apnea ( OSA )
• Klinik Audio Peadiatrik & Dewasa
• Klinik Amplifikasi
• Klinik Elektrofisiologi
• Klinik Tinnitus
• Klinik Autism
• Pembedahan
• Prosedur harian
• Pengambilan Spesimen
OBJEKTIF JABATAN
• Memberi standard penjagaan yang selamat dan optimum kepada pesakit dengan penyakit telinga, hidung, tekak, kepala dan leher.
• Memberi perkhidmatan pencegahan, diagnosis, rawatan dan pemulihan masalah pendengaran dan vestibular.
• Untuk mendiagnosis dan memberi pemulihan bagi individu dengan gangguan pertuturan, bahasa, komunikasi, menelan dan makan melalui
intervensi awal, program kaunseling dan pendidikan.
• Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyakit ORL melalui program saringan dan pencegahan untuk meningkatkan kualiti hidup.
• Untuk menyediakan program latihan yang sistematik untuk profesional dan kakitangan perkhidmatan sokongan.
• Untuk bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi dalam latihan pascasiswazah.
Kecemasan & Trauma
Jabatan Kecemasan dan Trauma adalah terletak di Blok B Hospital Sultanah Nora Ismail semenjak tahun 2012. Jabatan Kecemasan dan Trauma adalah sebuah jabatan klinikal yang beroperasi setiap hari, 24 jam sehari, untuk memberi rawatan kecemasan kepada para pesakit.
Visi
Mewujudkan perkhidmatan perawatan kecemasan yang segera, bermutu, komprehensif dan selamat epada pesakit-pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Nora Ismail.
Misi
Perkhidmatan perawatan Kecemasan dan Trauma dapat ditingkatkan dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian, beretika dan professional di dalam memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.
Objektif
Menyediakan perkhidmatan kecemasan yang mudah diperolehi, cekap dan berkesan kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan dan juga yang memerlukan rawatan untuk kecederaan akibat kemalangan.
Skop Perkhidmatan
Jabatan Kecemasan dan Trauma akan membekalkan perkhidmatan seperti berikut:
1. Perawatan untuk kes kecemasan dan bukan kecemasan, yang merangkumi:
- Triaj
- Perawatan pesakit yang kritikal, separa kritikal, kes bukan kecemasan, dan kes medicolegal.
- Pemerhatian untuk tidak melebihi 6 jam.
2. Perkhidmatan ambulans – 1st responder, emergency response, interfacility transfer
3. One Stop Crisis Centre (OSCC)
4. Pengurusan Major Medical Incident dan bencana
5. Menyediakan Pasukan Perubatan Standby atas arahan atau persetujuan Pengarah Hospital.
Point of care testing
Memberi latihan resusitasi kepada staf hospital seperti Cardiopulmonary Resuscitation, Basic Trauma Management, Basic Life Support.
Obstetrik & Ginekologi
Jabatan Obstetrik dan Gynecologi telah mula beroperasi pada tahun 2004. Terdiri daripada wad 9 (Antenatal), wad 10 (Postnatal), Wad 6 (Ginekologi), Dewan Bersalin dan PAC serta Klinik Pakar 5. Pada tahun 2016, Wad Ginekologi (wad 6) telah digabungkan dengan disiplin
Medikal untuk kes MersCov di kubikal 3 dan 4 yang boleh menempatkan lebih kurang 14 buah katil.
Pada akhir tahun 2019, wad Ginekologi wad telah berpindah ke wad 6B (Blok Bbangunan baru) bagi memberi peluang kepada pesakit SARI ditempatkan di wad 6 tersebut. Pada 14 November 2021, wad Ginekologi telah dipindahkan ke wad 4A dari wad 6B kerana wad 6B telah menjadi wad Medikal lelaki sepenuhnya. Manakala Wad 9 (antenatal) dan Wad 10 (postnatal) telah berapa kali digunakan sebagai wad covid. Pesakit Antenatal dan Postnatal dipindahkan ke wad 6B pada September 2021 sehingga November 2021.
Matlamat
Memberi penjagaan perawatan Kebidanan dan Sakit Puan yang berkualiti dan mengekalkan standard perawatan yang optima kepada pesakit.
Skop perkhidmatan yang ditawarkan:
● Pemeriksaan dan penjagaan ibu hamil di dalam wad antenatal
● Penjagaan ibu selepas bersalin di wad postnatal
● Perawatan dan pengurusan ibu semasa proses bersalin di Dewan Bersalin
● Perkhidmatan ambulance call untuk kes kecemasan yang akan bersalin
atau sudah bersalin di rumah
● Pengendalian kemasukan ibu hamil dan kes ginekologi ke wad-wad O&G.
● Pemeriksaan pesakit obstetrik dan ginekologi di Klinik Pakar 5 dan PAC (bilik saringan dewan bersalin).
● Perkhidmatan kaunseling Pre Pregnancy clinic, Pemeriksaan USG, Taklimat Teman Kamar Bersalin, rujukan kes early pregnancy clinic.
● Perkhidmatan combine clinic, Breast feeding Initiative programme dan pap smear Jabatan Obstetrik & Ginekologi
Pediatrik
Perkhidmatan Jabatan Pediatrik adalah merawat kanak-kanak dari lahir hingga 12 tahun atau berumur sehingga 18 tahun bagi kes-kes yang mempunyai penyakit kronik:
◆ Perkhidmatan perubatan pesakit dalam
◆ Perkhidmatan perubatan pesakit luar
◆ Penjagaan ambulatory perubatan atau perawatan Day Care
◆ Peadiatric Palliative Care Services
Jabatan Pediatrik terdiri daripada:
1. Wad perubatan Kanak-kanak (Wad 2) – terletak di Blok A aras bawah berhampiran dengan Pejabat Pentadbiran
2. Wad Multidisiplin Kanak-kanak (Wad 1) – bersebelahan Wad 2
3. Neonatal Intensive Care Unit (NICU) – terletak di tingkat 1 Blok A bersebelahan dengan Dewan Bersalin
4. Special Care Nursery ( SCN ) – berada di tingkat 1 Blok A
5. Paediatric High Dependency Ward ( PHDW ) – berada di Wad 11 di tingkat 1 Blok A dan berkongsi dengan Medical High Dependency Ward (MHDW) dan General ICU
6. Klinik Kanak-kanak – dikenali dengan Klinik Pakar 5 – terletak di aras bawah Blok A dan berkongsi dengan Klinik O&G
7. Paediatric Day Care Unit – berada bersebelahan Wad 1
Patologi dan Tabung Darah
Jabatan Patologi & Unit Tabung Darah menyediakan perkhidmatan diagnostik dan juga memberi perkhidmatan perubatan transfusi. Jabatan ini berada di tingkat dua, Blok B, Hospital Sultanah Nora Ismail. Terdapat beberapa unit di bawah Jabatan Patologi iaitu Makmal Hematologi, Patologi Kimia, Unit Mikrobiologi & Serologi, dan Histologi & Sitologi.
Selain itu, Unit Tabung Darah juga di bawah jagaan Jabatan Patologi. Unit Tabung Darah menawarkan perkhidmatan perubatan transfusi & membekalkan darah & komponen darah kepada pesakit dalam perawatan. Ia juga menyediakan perkhidmatan derma darah & penyediaan komponen komponen darah. Unit Tabung Darah juga menjalankan aktiviti derma darah di Dearah Batu Pahat
Radiologi
Jabatan Radiologi adalah merupakan jabatan yang menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelanggan-pelanggan yang terdiri dari pesakit luar dan pesakit dalam di Hospital Sultanah Nora Ismail. Jabatan ini juga menjadi rujukan dari klinik kesihatan daerah Batu Pahat dan juga kes MRI dari Hospital Enche’ Besar Hajah Kalsom, Kluang (HEBHK) dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu (HSA). Jabatan ini juga menawarkan perkhidmatan kepada fasiliti kesihatan lain samada kerajaan ataupun swasta.
Jabatan ini beroperasi di kedua-dua blok klinikal iaitu di Blok A dan Blok B.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pemeriksaan Radiografi Am seperti Xray Mudah Alih dan Dewan Bedah. Pemeriksaan Radiografi Khas juga disediakan seperti Fluroskopi, MRI, CT Scan, Ultrasonografi dan Mammografi. Rawatan Basic interventional seperti Ultrasound guided Biopsy, CT guided Biopsy, Percutaneous Nephrostomy (PCN) dan lain-lain. Sementara itu prosedur Intravenous catheter juga dilakukan secara berkala.
Jabatan Radiologi ini diketuai oleh Dr Rashidah binti Sampakon yang merupakan Ketua Jabatan dan Pakar Radiologi Gred Khas C. Beliau dibantu oleh 8 orang Pakar Radiologi, 9 orang Pegawai Perubatan, 7 orang Juru X-Ray Kanan, 23 orang Juru X- ray Klinikal, 3 orang Jururawat Terlatih dan 6 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.
Perubatan Forensik
Unit Perubatan Forensik sebelum ini dikenali sebagai Bilik Mayat, mula beroperasi sejak tahun 1991 dan diterajui oleh 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan. Pada tahun 2007, nama Rumah Mayat diubah kepada Unit Perubatan Forensik dan seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 dipertanggungjawabkan untuk menjaga unit ini. Sekarang, Unit Perubatan Forensik diketuai oleh Pegawai Perubatan. Ia terletak di Blok A, bersebelahan dengan Unit Terapi Cara Kerja. Unit Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dikemudi oleh seorang Ketua Unit yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan perkhidmatan yang disediakan secara holistik serta dibantu oleh 2 orang Pegawai Perubatan, 4 orang Penolong Pegawai Perubatan dan 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.
Unit Perubatan Forensik berusaha menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang perubatan forensik serta memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan profesional menepati aspek perundangan negara dan sistem pengurusan berkualiti yang mengutamakan pelanggan. Perkhidmatan yang diberikan oleh Unit Perubatan Forensik adalah seperti berikut:
1.1 PERKHIDMATAN “MOTUARI"
1.1.1 Menerima, menyimpan dan menyerahkan jenazah/ mayat kepada pihak waris.
1.1.2 Menguruskan proses penerimaan dan penyerahan janin kepada pihak waris.
1.1.3 Menguruskan penerimaan dan penyerahan anggota badan.
1.1.4 Menguruskan kematian kes berjangkit.
1.2 PENGURUSAN ADMINSTRATIF FORENSIK
1.2.1 Menguruskan jenazah/ mayat warga asing.
1.2.2 Menguruskan jenazah/ mayat “Unknown” dan tidak berwaris.
1.2.3 Menguruskan jenazah/mayat yang tidak dituntut.
1.2.4 Menguruskan jenazah “mualaf”.
1.3 PERKHIDMATAN PATOLOGI FORENSIK
1.3.1 Menguruskan kes bedah siasat medikolegal serta menyediakan laporan lengkap bedah siasat tentang penemuan dan pemeriksaan mayat.
1.3.2 Menguruskan penyerahan spesimen ke Jabatan Patologi Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.
1.3.3 Menguruskan penyerahan spesimen kepada pihak polis.
1.3.4 Menjalankan saringan dan merujuk kes rumit atau homicide kepada Pakar Perubatan Forensik di Hospital Sultanah Aminah atau di hospital terdekat semasa ketiadaan pakar di HSA.
1.3.5 Membantu Pakar Perubatan Forensik dalam lawatan pemeriksaan tempat kejadian kematian.
1.3.6 Membantu Pakar Perubatan Forensik dalam perlaksanaan prosedur “exhumation” kes polis.
1.3.7 Menguruskan kes bedah siasat klinikal.
Bedah Mulut & Maksilofasial
Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Sultanah Nora Ismail ditubuhkan pada Mac 2012. Selepas 10 tahun sejak penubuhannya, Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial kini diketuai oleh Dr Dionetta D. Dionysius, Pakar Pergigian Bedah Mulut dan Maksilofasial UG 54 dan mempunyai kekuatan anggota seramai 19 orang yang terdiri daripada 2 orang pakar bedah mulut dan maksilofasial, 6 orang pegawai pergigian, 1 orang juruterapi pergigian, 1 orang juruteknologi pergigian, 8 orang pembantu pembedahan pergigian, dan 1 orang pembantu perawatan kesihatan.
Perkhidmatan yang ditawarkan
Rawatan kes-kes yang melibatkan bahagian mulut, muka dan tulang rahang termasuk:
1. Pembedahan patah tulang pipi dan rahang
2. Pembedahan abscess dan jangkitan kuman
3. Pembedahan kanser
4. Pembedahan kantung dan ketumbuhan benign
5. Pembedahan penambahan tulang rahang untuk kes-kes sumbing
6. Implan gigi
7. Pembedahan rongga udara pipi
8. Pembedahan kelenjar air liur
9. Pembedahan tisu lembut muka (Pembuangan parut, pemindahan kulit dan sebagainya)
10. Kes-kes “osteoradionecrosis” dan “medication-related osteonecrosis of the jaw
 
				