Mengenai Kami

Latarbelakang
Evolusi Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat
1894-1994
Sejarah Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat bermula dengan pembinaan Rumah Sakit Batu Pahat di Simpang Rantai pada tahun 1894. Kemudiannya hospital ini telah dipindahkan ke tapak baru di Jalan Kluang pada tahun 1914 dan beroperasi sehingga tahun 1994. Perpindahan ke lokasi baru Ini bagi menampung keperluan masyarakat setempat yang semakin meningkat. Pembinaan hospital di Jalan Kluang ini telah dilaksanakan di atas lot tanah seluas 44.3 hektar melalui MTA (Mid Term Agreement-RML) dengan melibatkan kos sebanyak RM 90.47 juta dibawah peruntukan Rancangan Malaysia Keenam.
Sejarah HSNI
Sejarah Hospital Batu Pahat bermula pada tahun 1894 dimana hospital ini telah ditempatkan di sebuah bangunan di Simpang Rantai ketika Bandar Penggaram dibuka pada sekitar tahun 1894. Hospital ini telah memberikan perkhidmatan kesihatan asas.
Hospital Batu Pahat baru telah dibina dalam Rancangan Malaysia Keenam dan dimulakan pada tahun 1991 berkonsepkan hospital nukleus. Perpindahan perkhidmatan ke hospital ini telah dilakukan pada 12 November 1994. Mulai tarikh ini Hospital Batu Pahat telah beroperasi dengan skop perkhidmatan rawatan pesakit dalam, rawatan kecemasan dan pesakit luar dengan keupayaan 314 buah katil yang hanya mempunyai perbezaan daripada 310 katil di hospital lama.

Cadangan Pembinaan satu blok templat baru telah dikemukakan kepada Bahagian Perancangan Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia pada penghujung Rancangan Malaysia Keenam lagi kerana perbezaan bilangan katil yang tidak banyak perbezaannya daripada hospital lama. Keadaan ini ditambah dengan peningkatan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit-pesakit. Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan lawatan ke hospital ini pada tahun 1995 dan melihat sendiri kekangan yang dialami oleh wad-wad untuk menampung bilangan pesakit terutamanya pesakit perubatan. Akhirnya projek tambahan sebuah lagi templat diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh untuk Jabatan Kecemasan Baru dan 2 buah wad bernilai RM 6.5 juta.
Projek naiktaraf ini telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dengan penambahan sebanyak 202 katil untuk menampung keperluan perkhidmatan yang semakin meningkat. Kos keseluruhannya RM200,700,000.00. Ia melibatkan 2 pakej iaitu Pakej A Kerja-kerja tanah dan Pakej B kerja-kerja struktur bangunan. Projek ini dibina di atas tapak sedia ada dalam kawasan Hospital Batu Pahat iaitu di bahagian belakang kafteria dan balai pelawat.
Pertukaran nama yang lebih rasmi
Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, bangunan baru Hospital Batu Pahat dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Binti Almarhum Tunku Panglima Raja Ahmad sekaligus menamakan Hospital Batu Pahat sebagai Hospital Sultanah Nora Ismail.
Majlis tersebut berlangsung pada 10 Oktober 2012 bersamaan 24 Zulkaedah 1433H dihadiri oleh hampir 500 orang tetamu yang terdiri daripada kerabat Diraja Johor dan orang kenamaan.
Visi, Misi & Objektif
VISI
Komited ke arah kecemerlangan perkhidmatan perawatan pesakit
MISI
1. Menyediakan prasarana rawatan yang selamat melalui perkhidmatan kepakaran sejajar dengan teknologi.
2. Perawatan pesakit diberikan oleh anggota yang kompeten.
3. Mengamalkan sikap berintegriti dalam melindungi hak dan maruah pelanggan.
4. Menyampaikan perkhidmatan melalui semangat kerja berpasukan, penyayang dan profesional dalam mengutamakan kepuasan pelanggan.
5. Menggunapakai amalan kerja yang bernilai tambah melalui penambahbaikan berterusan kepada pelanggan.
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan penentuan, perawatan dan pemulihan yang bermutu tinggi dengan cekap dan berkesan kepada pesakit luar dan dalam yang memerlukan rawatan bagi menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kesakitan bagi mencapai pemulihan yang awal dan maksima.
Piagam Pelanggan
1. Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan sewajarnya yang berkualiti di Hospital ini.
2. Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di Hospital ini akan dirujuk ke Hospital lain yang sesuai
3. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, sopan santun, jujur dan ikhlas.
4. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
5. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

Carta Organisasi

Bilangan katil di Hospital Sultanah Nora Ismail (610 katil) 

Perkhidmatan kepakaran di Hospital Sultanah Nora Ismail



Pencapaian & Anugerah HSNI

















 
				