Mengenai Laman Web

Penafian
Pihak Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
Dasar Privasi
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklumbalas dari agensi-agensi lain.
Maklumat yang dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan kepada Laman Web yang lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer adipiscing erat eget risus sollicitudin pellentesque et non erat. Maecenas nibh dolor, malesuada et bibendum a, sagittis accumsan ipsum. Pellentesque ultrices ultrices sapien, nec tincidunt nunc posuere ut. Lorem ipsum dolor sit amet, consect
Dasar Keselamatan
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Data Terbuka
Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan dan Agensi di bawahnya telah mengambil tindakan mengenal pasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan agensi.
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat :
Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
Set Data di Portal Data Terbuka
1. Senarai Bidang Kepakaran Pegawai Penerangan (Pendidikan Kesihatan)
2. Bilangan Pengambilan Program Diploma Lanjutan dan Kursus Pengkhususan di Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
3. Bilangan Pegawai Perubatan Dan Pegawai Perubatan Pakar Di Kkm Mengikut Negeri & Institusi
4. Statistik Pendaftaran Pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Bagi Tahun 2017 Sehingga 2019
5. Senarai Lokaliti Hotspot Wabak Denggi di Malaysia 2013
6. Senarai Lokaliti Hotspot Wabak Denggi di Malaysia 2015
7. Senarai Pegawai Penerangan (Pendidikan Kesihatan) Yang Telah Mengikuti Kursus Lepasan Ijazah Pendidikan Kesihatan Di Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan Terkini
8. Bilangan Pegawai Pergigian Dan Pegawai Pergigian Pakar Di KKM, Mengikut Negeri & Institusi
9. Bilangan Pegawai Perubatan Dan Pegawai Perubatan Pakar Di Kkm Mengikut Negeri & Institusi
10. Senarai Pemegang Lesen Penyediaan Ais Maksud Perdagangan Atau Perniagaan
Untuk maklumat lanjut dan terkini, anda boleh layari laman Portal Data Terbuka Malaysia.
