Perkhidmatan Nilai Tambahan Farmasi

PENGENALAN

Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (Value Added Services, VAS) adalah satu perkhidmatan yang tercetus hasil daripada kreativiti dan inovasi anggota farmasi dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan farmasi kepada pesakit. Ia merupakan perkhidmatan yang boleh menjadi pilihan pesakit dalam memudahkan mereka mendapatkan bekalan ubat susulan. Antara Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi yang disediakan adalah Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB), Farmasi Pandu Lalu, Locker4U dan Ubat Melalui Pos.

Dapatkan Ubat Susulan Anda Melalui Perkhidmatan Kami :

1) Farmasi Pandu Lalu 

2) Locker4U

3) Ubat Melalui Pos (UMP)

Aplikasi myUbat

1) Farmasi Pandu Lalu

 Pesakit tidak perlu risau tentang masalah tiada tempat letak kereta. Sesuai untuk SEMUA kategori ubat - sirap, psikotropik, simpanan sejuk, krim dan lain- lain.

Gambar Farmasi Drive Thru 2

 2) Locker4U

Bertempat di The Summit BP. Sesuai untuk semua kategori ubat KECUALI ubat yang perlu disimpan di dalam peti sejuk, ubat jenis suntikan dan ubat psikotropik. Masa mengambil ubat adalah fleksibel iaitu dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Gambar Farmasi Locker4U

3) Ubat Melalui Pos (UMP)

Bekalan ubat terus dipos ke rumah. Caj bayaran tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa. Tidak sesuai untuk ubat yang perlu disimpan di dalam peti sejuk, ubat psikotropik dan krim/losyen bukan dalam pek komersial.

 

Gambar Ubat Melalui Pos 2

HSNI BATU PAHAT 


 Pelawat  

083420
  

Hospital Sultanah Nora Ismail  

Kami adalah hospital kerajaan berlokasi di Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Hospital ini memberi khidmat kesihatan kepada seluruh warga Batu Pahat serta mukim terdekatnya.