UNIT PENDERMAAN ORGAN
Pengenalan
Pendermaan organ ialah satu proses pemberian organ dan tisu yang sihat daripada seseorang penderma kepada seseorang yang memerlukannya (penerima). Tindakan pendermaan organ ini akan menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti hidup seseorang penerima. Pendermaan organ di Malaysia bermula pada 1975 dengan pendermaan buah pinggang hidup pertama dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pendermaan organ adalah satu perkara yang mulia dan boleh mengubah kehidupan ramai pesakit kerana seorang penderma akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya 8 nyawa. Unit Pendermaan Organ dan tisu (TOP TEAM) Hospital Batu Pahat ditubuhkan untuk bekerjasama dengan Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) KKM untuk mengukuhkan proses mengenal-pasti penderma yang sesuai dan memudahkan proses pendermaan organ di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat bagi pihak keluarga yang sudi menderma organ atau tisu selepas kematian.
Kes Pendermaan Tisu di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat
Kes pendermaan tisu kadaverik yang berjaya dilaksanakan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat (HSNI) pada 14 September 2023. Pendermaan tisu ini melibatkan seorang penderma tisu yang telah disahkan kematian otak. Keluarga mendiang telah bersetuju memberikan kebenaran untuk pendermaan kornea mata. Perolehan tisu berkenaan telah dilaksanakan oleh pasukan transplan dari Jabatan Oftalmologi HSNI BP.
Sebarang pertanyaan dan makluman lanjut, boleh menghubungi Unit Pendermaan Organ HSNI (TOP TEAM) di:
Email:changcheewing@moh.gov.my

Kes Pendermaan Tisu 14 Sept 2023

Pasukan Penerima Tisu Untuk Dihantar Ke Hospital Sg Buloh

Pasukan Terlibat Pendermaan Organ
Video cara - cara mendaftar sebagai pengikrar




