EDARAN PELAN TINDAKAN UNIT KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN BAGI HOSPITAL DAN INSTITUSI PERUBATAN KKM TAHUN 2024 
 ______________________________________________________________

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) telah diwujudkan di hospital dan institusi perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia seiring suat arahan penubuhannya oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dikeluarkan pada 11 Julai 2016. Rujukan: KKM.600-37/1/3. Arahan penubuhan UKKP ini adalah selari dengan kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) di tempat kerja yang mempunyai lebih 40 orang pekerja di fasiliti tersebut. Justeru, di peringkat KKM, UKKP telah ditubuhkan bagi melaksanakan fungsi JKK sebagaimana termaktub didalam keperluan Akta ini.

3. Peranan utama UKKP adalah memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anggota KKM dan di hospital dan institusi perubatan terpelihara. Sedia maklum, terdapat pelbagai jenis bahaya@hazard didapati di hospital seperti hazard fizikal, bahan kimia, biologi, ergonomik dan psikososial. Justeru, UKKP berfungsi dalam melakukan pelbagai fungsi kritikal terutamanya dalam aspek pencegahan dan langkah kawalan.


4. Untuk makluman, Standard 2: Komponen Persekitaran dan Perkhidmatan yang Selamat, Malaysian Hospital Accreditation Standard (MSQH) juga memfokuskan aspek keselamatan dan kesihatan di fasiliti KKM sebagai salah satu prasyarat akreditasi sesebuah hospital.

5. Justeru itu, melalui peranan dan fungsi utama UKKP, sukacitanya bersama surat ini dilampirkan Pelan Tindakan Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Bagi Hospital Dan lnstitusi Perubatan KKM Tahun 2024 untuk rujukan dan makluman pihak YBhg. Datuk / Dato' / Datin Sri / Tuan / Puan.

6. Semoga Pelan Tindakan ini dapat meningkatkan kualiti keselamatan dan kesihatan pekerjaan di hospital dan institusi perubatan di bawah seliaan YBhg. Datuk / Dato' / Datin Sri / Tuan / Puan selaras dengan peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Dr. Mohd Fikri Bin Rasely / Dr. Nurul Shahida Binti Mohd Saffe di talian 019-220 0022 /013-388 4654.

7. Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk /Dato'/ Datin Sri / Tuan/Puan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih. 

"MALAYSIA MADANI" 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

Image
Image
Image
Image
Image
Image

WORLD OSH DAY 2023

 
Persekitaran Kerja yang Selamat dan Sihat Merupakan Hak Asasi
Image

Kesedaran Prevention of Needle Stick Injury(Video) 1 & 2

Video ini dihasilkan oleh JK Latihan dan Promosi JKKP , HSNI.
Video ini memberi fokus kepada tips mengendalikan alatan tajam bagi mencegah tusukan alatan tajam semasa melakukan prosedur demi mewujudkan suasana dan persekitaran tempat kerja yang selamat.

Terima kasih.

HSNI BATU PAHAT 


 Pelawat  

083417
  

Hospital Sultanah Nora Ismail  

Kami adalah hospital kerajaan berlokasi di Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Hospital ini memberi khidmat kesihatan kepada seluruh warga Batu Pahat serta mukim terdekatnya.