baby_1.png jata_negara.png baby_2.png

 

Hospital Sultanah Nora Ismail adalah Hospital Rakan Bayi.

Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) telah diiktirafkan sebagai hospital rakan bayi untuk kali pertama oleh WHO/Unicef pada 14hb oktober 1996. HSNI merupakan hospital ke -2 di negeri Johor dan hospital ke-4 di Malaysia mendapat pengiktirafan ini. Anggota di HSNI sangat komited dengan melaksana dan memantapkan polisi – polisi hospital rakan bayi sehingga berjaya mengekalkan pengiktirafan hospital rakan bayi sebanyak 8 kali sehingga tahun 2023.

Hospital rakan bayi merupakan hospital yang komited dalam menggalakkan, melindungi dan menyokong penyusuaan susu ibu, selaras dengan inisiatif hsopita rakan bayi ( Baby-Friendly Hospital Initiative- BFHI) oleh WHO dan UNICEF.

Hospital ini melaksanakan 10 langkah ke arah penyusuan susu ibu berjaya bagi memastikan setiap ibu menerima sokongan penyusuan susu ibu.

 

Dengan ini kami :

  • Menyediakan sebuah persekitaran kondusif yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan bayi dengan susu ibu.
  • Menyediakan perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan bayinya.
  • Melaksanakan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu.

 

Dan perkhidmatan yang disediakan :

  • Sesi kaunseling laktasi
  • Sesi kaunseling ibu-ibu yang memerlukan pemerhatian khas.
  • Sesi kaunseling ibu-ibu yang ingin menyusukan anak angkat

 

Aktiviti Hospital Rakan Bayi

Taklimat Teman Kamar Bersalin Di Klinik Pakar 5

tkb_1.png tkb_2.png

 

Kursus Ulangkaji Pengurusan Laktasi 20 Jam


laktasi_1.png Laktasi_2.png

 

Kursus Ulangkaji Pengurusan Laktasi 20 Jam


laktasi_3.png laktasi_4.png

 

Memberi Ceramah Pendidikan Penyusuan Susu Ibu di Wad 9

ceramah_1.png ceramah_2.png

 

Memberi Ceramah Pendidikan Penyusuan Susu Ibu di Dewan Bersalin


ceramah_3.png

Memberi Ceramah Pendidikan Penyusuan Susu Ibu di Klinik Pakar 5


ceramah_4.png

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu 2025

susu_1.png susu_2.png susu_3.png susu_4.png susu_5.png

 

HSNI BATU PAHAT 


 Pelawat  

081807
  

Hospital Sultanah Nora Ismail  

Kami adalah hospital kerajaan berlokasi di Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Hospital ini memberi khidmat kesihatan kepada seluruh warga Batu Pahat serta mukim terdekatnya.