Hospital Permai Johor Bahru

kkk

SKIZOFRENIA

Skizofrenia adalah sejenis penyakit mental yang serius yang digejalai oleh gangguan dan kecelaruan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang yang menghidapinya. 

Gangguan-gangguan ini boleh menjejaskan kewarasan seseorang indidividu seterusnya menyebabkan fungsi hidup seorang individu terjejas sekiranya tidak dirawat pada peringkat awal. 

Secara amnya, kira-kira 1% daripada populasi global didiagnosakan menghidapi skizofrenia, iaitu hamper 20 juta kes skizofrenia di seluruh dunia. 

Kebiasaannya, gejala skizofrenia bermula pada masa remaja hingga awal 30-an.

Tanda & Gejala

-Delusi: Kepercayaan palsu atau karut yang tidak dapat disanggah oleh sesiapapun dan tidak berdasarkan realiti.

-Halusinasi: Gangguan sensori seperti melihat, mendengar, bauan atau merasakan perkara yang tidak ada.

-Pertuturan yang tidak teratur: Kesukaran menyampaikan fikiran dan idea.

-Tingkah laku yang  tidak teratur: Tindakan yang tak pasti dan sukar diramalkan.

-Gejala negatif: Kurang menunjukkan emosi, motivasi atau minat dalam aktiviti harian dan sosial.

Punca & Risiko

-Skizofrenia merupakan sejenis penyakit otak. Ia berpunca daripada ketidakseimbangan bahan kimia jenis dopamine di dalam otak. Paras dopamine yang tinggi menyebabkan gejala-gejala psikosis pada pesakit.

 

-Terdapat pelbagai faktor yang meninggikan risiko mendapat skizofrenia seperti berikut:

   -Mempunyai sejarah penyakit skizofrenia di dalam keluarga

   -Komplikasi semasa lahir atau dalam kandungan

   -Pengambilan dadah

   -Tekanan hidup samda taraf sosioekono,I yang rendah, sejarah trauma Ketika kanak-kanank.

Rawatan

-Skizofrenia ialah penyakit kronik yang memerlukan rawatan berterusan..

-Ubatan antipsikotik adalah rawatan utama yang digunakan untuk skizofrenia.

-Ubatan antipsikotik terdapat dalam pelbagai jenis samada pil atau bentuk suntikan. Bagi individu dengan skizofrenia yang mempunyai masalah untuk patuh kepada rawatan 

-Intervensi psikososial seperti kemahiran sosial, domestic serta sokongan pekerjaan merupakan antara perawatan skizofrenia. Terapi kognitif juga boleh membantu meningkatkan kualiti hidup individu dengan skizofrenia. 

-Sokongan daripada keluarga dan rakan, serta strategi bantu diri, juga boleh membantu dalam menguruskan individu dengan skizofrenia.

Kehidupan dengan Skizofrenia

Kehidupan dengan Skizofrenia:

-Skizofrenia merupakan penyakit yang kronik dan boleh berulang. Perawatan antipsikotik adalah amat penting bagi individu dengan skizofrenia. 

-Perawatan awal boleh memastikan prognosis yang baik untuk individu yang terlibat. 

-Mengekalkan gaya hidup yang sihat seperti menjaga pemakanan, melakukan aktiviti fizikal dan senaman, menjaga perhubungan sosial bersama keluarga dan komuniti serta menjauhi pengambilan dadah adalah amat penting. 

-Pengambilan ubatan secara baik dan mematuhi pelan rawatan adalah amat perlu bagi memastikan tidak berulangnya penyakit skizofrenia ini. Secara umumnya, individu dengan skizofrenia atau ahli keluarga, perlu memahami dan mengenali tanda-tanda penyakit skizofrenia bagi mendapatkan rawatan yang awal jika berulangnya penyakit ini.

Rujukan

National Institute of Mental Health. (2021). Schizophrenia. https://www.nimh.nih.gov/health/topics/schizophrenia/index.shtml

Skip to content