Objektif
1. Menyediakan perkhidmatan psikiatri pesakit dalam,
pesakit luar dan perawatan di komuniti yang menepati piagam pelanggan dalam pelbagai bidang kepakaran dan berlandaskan Akta Kesihatan Mental 2001.
2. Menjalankan promosi berkaitan kesihatan mental melalui
pelbagai platform dan kolaborasi bersama agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta institusi pendidikan awam dan swasta.
3. Menekankan pembelajaran berterusan sekurang-kurangnya 5 hari setahun melalui sesi Continuing Medical Education (CME), kursus, bengkel dan konferens
perubatan bagi mencapai kakitangan berpengetahuan seiring dengan kemajuan ilmu dan teknologi berkaitan
kesihatan mental.
4. Berusaha mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui aktiviti peningkatan kualiti seperti Quality Assurance (QA), National Indicator Approach (NIA), dan Hospital Performance Indicator Accountability (HPIA) untuk memberi perkhidmatan psikiatri yang terbaik kepada pesakit.
5. Menjalankan kajian dalam bidang psikiatri yang selamat mengikut Amalan Klinikal Terbaik (GCP) dan mencapai standard antarabangsa bersesuaian kehendak Clinical
Research Centre (CRC) kebangsaan sekurang-kurangnya dua kajian setahun.