Makanan merupakan perkara asas kepada pembentukan sel-sel manusia. Daripada pemakananlah, tubuh badan manusia dapat menjana imunisasi badan yang stabil serta secara tidak langsung menghasilkan genetik yang baik. Hal ini, memberi kesan kepada tubuh badan bertindak balas terhadap stress.
Selain daripada itu, berikut merupakan 3 hubungkait diantara makanan dan kesihatan mental
1. Penting dalam pembentukan otak
Makanan yang penuh nutrisi merupakan asas kepada pembentukan blok-blok protein, enzim, tisu otak, penghantar impuls (neurotransmitter) yang digunakan untuk memberikan isyarat kepada seluruh tubuh badan manusia.
2. Membantu dalam perkembangan otak
Sesetengah nutrisi pemakanan digunakan untuk mempertingkatkan hubungan diantara sel-sel otak. Oleh itu, pemakanan yang tinggi nutrisi dapat memberi ruang kepada perkembangan tersebut. Manakala, pemakanan yang tinggi gula dan lemak tepu memberikan kesan yang sebaliknya.
3. Menghasilkan bakteria baik dalam usus
Radang pada asasnya terbentuk daripada bakteria jahat dan mampu memberi kesan secara tidak langsung kepada kognitif dan emosi seseorang. Justeru itu, penghasilan bakteria baik di dalam usus dapat mengurangkan radang yang terhasil di samping mempertingkat imunisasi badan.