Hospital Permai Johor Bahru

kkk

Menghadapi Kehilangan

Setiap individu mempunyai takrifan sendiri apabila berbicara tentang kehilangan. Kehilangan dalam boleh berlaku dalam pelbagai bentuk terutamanya kematian, berpisah, sakit atau kehilangan sesuatu yang amat berharga dan bermakna. Ia adalah satu perkara yang normal dalam kehidupan ini. Apabila kehilangan seseorang atau sesuatu yang penting, perasaan hiba (grief) boleh berlaku dan merupakan sebahagian daripada reaksi emosi yang normal. Perasaaan hiba selalunya dialami secara berperingkat dan kerap berbalik-balik. 

Fasa Hiba (Grief)

Fasa hiba ini akan dialami secara berperingkat, antaranya ialah:

 

1.Penafian

Menafikan kehilangan yang berlaku kerana mengharapkan peristiwa tersebut tidak pernah dan tidak mungkin berlaku

 

2. Kemarahan

Menyalahkan diri sendiri atau sesiapa yang dirasakan penyebab kepada kehilangan itu

 

3. Rundingan

Mencari alternatif bagi mengembalikan keadaan 

 

4. Kemurungan

Merasa sedih, putus harapan atau menyesal terhadap peristiwa tersebut

 

5. Penerimaan

Dapat menerima kenyataan pasal sesuatu kehilangan

Jenis Kehilangan

-Kehilangan orang tersayang 

-Putus kasih

-Penceraian

-Mengalami keguguran 

-Pindah sekolah/ rumah

-Kematian haiwan peliharaan 

-Kehilangan pekerjaan

-Kehilangan kesihatan

-Kehilangan milik peribadi 

-Persaraan

Langkah Menangani Kehilangan

-Cari dan pulihkan sokongan sosial. Pastikan anda sering bersama orang disekeliling anda. Elakkan diri dari menyendiri.

-Berkongsi peristiwa penting ini dengan rakan-rakan, ahli keluarga atau kaunselor jika perlu.

-Menyertai kumpulan sokongan yang boleh membantu.

-Menyertai aktiviti sosial yang bermakna seperti menjadi pembimbing untuk orang lain atau berkhidmat untuk komuniti

-Melakukan dan meneruskan aktiviti kerohanian (seperti berdoa, solat, bermeditasi)

-Sering awas tentang perasan anda dan menguruskan tekanan dengan lebih baik

-Melakukan aktiviti gaya hidup sihat seperti:

   -Bersenam

   -Menjaga tidur

   -Menjaga pemakanan

   -Tidak menggunakan dadah atau alkohol

   -Melakukan relaksasi

   -Mula menlakukan aktiviti yang anda minat dengan lebih kerap

 

-Kembali melakukan rutin harian secepat yang mungkin

-Sekiranya, anda mendapati gejala hiba ini berpanjangan, mula berhalusinasi atau mempunyai keinginan untuk mengikut si mati, dapatkan bantuan professional dengan cepat.

Rujukan

-Salam Kaunselor- Menghadapi Kehilangan; Pusat Kerjaya & Kaunseling Universiti Teknologi MARA

-Bagaimana Untuk Menghadapi Kesedihan dan Kehilangan; Hello Doktor https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-lain/bagaimana-untuk-menghadapi-kesedihan-dan-kehilangan/

-Grief and Loss; from the University of Texas Counseling and Mental Health Center

Skip to content