Pengenalan
Unit Pesakit Luar atau dipanggil Klinik Pakar Psikiatri atau Klinik Pesakit Luar terletak di pintu masuk utama Hospital Permai bersebelahan dengan Pejabat Pentadbiran, di belakang Unit Kebajikan Sosial Perubatan dan di belakang Mini Mart.
Perkhidmatan yang disediakan termasuklah pengendalikan kes-kes baru dan kes-kes ulangkaji / temujanji dengan Pakar Psikiatri atau Doktor sama ada di Klinik Pakar Psikiatri Kanak-kanak, Klinik Psikiatri Kanak-kanak, Bilik Terapi Permainan Kanak-kanak, Klinik Pakar Psikiatri Dewasa, Klinik Psikiatri Dewasa, Klinik Addiction, Klinik Anggota dan Keluarga, Klinik KOSPEN Plus, Klinik Pergigian, Perkhidmatan Psikologi Klinikal, Perkhidmatan Kaunseling, Unit Farmasi Pesakit Luar dan Bilik Research.