Hospital Permai Johor Bahru

kkk

Chronic Fatigue Syndrome (Keletihan Kronik)

Sentiasa berasa lesu dan tidak bermaya walaupun dengan tidur harian dan rehat. Lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berumur 20-40 tahun.

Kesan Keletihan Kronik

-Sukar untuk menjalani aktiviti harian               

-Masalah ingatan dan hilang daya tumpuan

–  Sakit sendi dan otot yang tidak dapat dijelaskan

-Sakit tekak dan selsema

-Sakit kepala dan pening yang berterusan

-Masalah tidur

-Jantung berdebar-debar

Faktor Keletihan Kronik

-Tidak diketahui punca

 

-Kemungkinan disebabkan oleh jangkitan kuman atau ketidakstabilan hormon atau genetik

Cara Diagnosis

Tiada ujian. Doktor mungkin mengambil sampel darah atau kencing untuk mengecualikan penyakit lain yang dicirikan simptom yang sama.

Rawatan

-Sokongan dan terapi melalui perbualan

 

-Teknik pengurusan tenaga dalam kehidupan harian

 

-Ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit atau kemurungan

 

-Gaya hidup sihat dan teknik relaksasi

Rujukan

NHS, ICD, CDC

Skip to content