Hospital Permai Johor Bahru

kkk

Kehamilan Remaja

Remaja yang mengandung menghadapi lebih banyak cabaran ketika mencapai tonggak perkembangan mereka sendiri, menamatkan pendidikan mereka di awal usia, dan menjaga bayi yang belum dilahirkan. Banyak kehamilan remaja adalah hasil daripada hubungan sedarah, rogol, atau keganasan seksual. Remaja ini terpaksa menghadapi stigma daripada masyarakat dan pelbagai kadar komplikasi yang lebih tinggi termasuklah risiko kematian ibu dan bayi.

Di Malaysia, purata 18,000 remaja mengandung setiap tahun atau bersamaan 50 kes sehari mendapatkan bantuan perubatan di klinik-klinik kerajaan.

Kehidupan remaja ini dapat diperbaiki dengan meningkatkan kemudahan untuk mendapatkan bantuan  kesihatan yang mencukupi dan sokongan yang baik tanpa prejudis.

 

Permasalahan Kehamilan Remaja

-Penjagaan prenatal dan pemakanan yang kurang baik 

-Penggunaaan dadah , alkohol, atau merokok 

-Penyakit kelamin (STD)

-Kemahiran keibubapaan yang kurang baik 

-Sokongan sosial, pendidikan dan status kewangan yang kurang baik 

-Menghadapi masalah kesihatan mental seperti kemurungan

Gejala Kehamilan Remaja

Banyak remaja mungkin menyembunyikan atau tidak menyedari kehamilan mereka. Remaja mungkin mengaku atau tidak mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Kemungkinan kehamilan berlaku apabila seorang remaja menghadapi:

-Haid yang tidak teratur/tidak hadir

-Mual/muntah

-Pendarahan vagina yang tidak normal

-Kembung perut akut atau kronik

-Keletihan /pening kepala/pitam

-Jangkitan saluran kencing

-Pembesaran dan ketidakselesaan pada payudara

Risiko Kehamilan Remaja

Risiko Kepada Ibu & Bayi 

-Pertumbuhan janin terbantut (bermakna bayi yang belum dilahirkan lebih kecil daripada pertumbuhan yang sepatutnya) 

-Kematian janin 

-Kurang darah 

-Tekanan darah tinggi

-Komplikasi semasa bersalin

Rawatan

Pada lawatan antenatal pertama, pemeriksaan fizikal lengkap dan ujian yang sesuai mestilah dilakukan untuk mengesahkan kehamilan, menilai kadar pertumbuhan bayi yang belum dilahirkan, dan saringan STD

Isu-isu yang akan dibincangkan termasuk :

o Kerahsiaan 

o Kekerapan lawatan antenatal 

o Perubahan fizikal dan emosi 

o Menghadapi simptoms-simptoms kehamilan seperti mual dan muntah 

o Rujukan kepada perkhidmatan sosial

 

Seorang kaunselor boleh berkongsi dan berbincang tentang:

o Perubahan gaya hidup semasa kehamilan berlaku

o Perasaan semasa kehamilan 

o Keputusan mengenai pengurusan bayi 

o Rancangan untuk masa depan

Rujukan

1. http://www.nst.com.my/news/2015/10/18000-teens-msia-get-pregnant-each-year

2. Child and Adolescent Mental Health Training Module for Specialists, Ministry of Health Malaysia, 2003

Skip to content