Hospital Permai Johor Bahru

kkk

Autism Spectrum Disorders

-“Autism Spectrum Disorder” (ASD) ialah gangguan perkembangan saraf yang menyebabkan gangguan dalam komunikasi, tingkah laku dan fungsi sosial yang bermula pada zaman kanak-kanak.Diagnosis awal dan intervensi segera bagi kanak-kanak yang mempunyai ASD adalah penting untuk hasil yang lebih baik.

Diagnosa

-“Modified Checklist for Autism in Toddlers” (M-CHAT) boleh digunakan sebagai alat saringan untuk ASD di kalangan kanak-kanak berumur 18 bulan dan diulangi semula pada 24 bulan jika kanak-kanak itu melepasi M-CHAT yang lebih awal.

 

-Ia boleh digunakan untuk menyaring kanak-kanak sehingga umur 30 bulan sekiranya kanak-kanak itu terlepas saringan awal.

 

-Kanak-kanak yang disyaki menghidap ASD pada sebarang umur oleh keluarga atau penjaga  harus dirujuk untuk penilaian,tanpa mengira keputusan saringan.

 

-Diagnosis ASD perlu dibuat secara klinikal, berdasarkan sejarah dan pemerhatian yang komprehensif

-Penilaian audiologi harus dilakukan pada kanak-kanak yang mempunyai atau disyaki mempunyai ASD.

Faktor Risiko ASD

-Peningkatan umur ibu bapa

 

-Umur ibu >40 tahun

 

-Umur bapa >50 tahun

 

-Anak sulung daripada ibu berumur >35 tahun dan bapa berumur >40 tahun

Ciri-ciri Utama

-Defisit dalam komunikasi sosial dan interaksi sosial dalam pelbagai konteks.

 

-Corak tingkah laku, minat atau aktiviti yang terhad dan berulang.

 

-Gejala mesti ada dalam tempoh perkembangan awal (tetapi mungkin tidak menjadi nyata sepenuhnya sehingga tuntutan sosial melebihi kapasiti terhad, atau mungkin disembunyikan oleh strategi yang dipelajari di kemudian hari).

 

-Gejala boleh menyebabkan kemerosotan yang ketara secara klinikal dalam bidang sosial, pekerjaan atau lain-lain yang penting dalam fungsi semasa.

 

-Gangguan ini tidak dijelaskan dengan lebih baik oleh ketidakupayaan intelektual (Gangguan perkembangan intelektual) atau Kelewatan perkembangan global.

Komorbiditi

Kanak-kanak yang mempunyai ASD boleh mengalami pelbagai masalah, iaitu masalah emosi, perhatian, aktiviti, pemikiran, tingkah laku dan perubatan.Diagnosis gangguan ‘komorbid’ adalah sangat penting kerana ia boleh menyebabkan kemerosotan klinikal yang ketara pada kanak-kanak yang mempunyai ASD.

 

Komorbiditi yang selalu dijumpai pada pesakit Autisme:

a) Kurang upaya intelektual

b) Gangguan “Attention Deficit Hyperactivity Disorder” (ADHD)

c) Gangguan tidur

d) Epilepsi

e) Masalah gastrousus seperti masalah penyusuan dan sembelit

f) Ketidakkoordinasian motor seperti tulisan tangan yang lemah

g) Gangguan psikiatri lain seperti ‘Keresahan’ dan gangguan Kemurungan

Rawatan

1. Kanak-kanak yang mempunyai ASD harus dirawat oleh pelbagai disiplin.

 

2. Ibu bapa atau penjaga harus mengambil bahagian secara aktif dalam intervensi yang ditawarkan kepada kanak-kanak yang mempunyai ASD.

 

3. Kanak-kanak yang mempunyai ASD harus diberi intervensi:

-“Applied Behaviour Analysis”

-Intervensi Pertuturan, Bahasa dan Komunikasi

-Terapi Carakerja

 

4. Latihan kemahiran keibubapaan perlu ditawarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak ASD.

 

5. Perubatan Tradisional dan Komplementari tidak disyorkan kepada kanak-kanak yang mempunyai ASD kerana tiada bukti yang mencukupi dan berpotensi memberi kesan berbahaya.

Rujukan

Diadaptasi daripada:QR for Healthcare Providers.Management of Autism Spectrum Disorder in Children and Adolescents

Skip to content