Hospital Permai Johor Bahru

kkk

Bencana & Trauma

Bencana merupakan satu peristiwa yang melibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa yang boleh berlaku secara semulajadi atau disebabkan perbuatan manusia dalam skala yang besar. Kejadian bencana biasanya tidak dijangka dan sering meninggalkan kesan yang mendalam kepada mangsa samada secara fizikal atau emosi dan mental. Bencana boleh menyebabkan mangsa trauma.

Faktor

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kesan pada kesihatan mental mangsa seperti berikut:

1. Bencana

a) Keterukan bencana

-Bencana yang menyebabkan kerosakan harta benda yang besar

-Kehilangan nyawa

-Berpanjangan 

 

b) Punca bencana

-Perbuatan manusia mempunyai risiko trauma yang lebih tinggi

 

2. Mangsa

-Usia yang ekstrem (warga emas, kanak-kanak)

-Golongan istimewa

-Ketidakupayaan fizikal dan mental

-Kurang atau tiada sokongan sosial

-Mempunyai masalah kesihatan fizikal dan mental

-Masalah penagihan dadah

-Golongan ekonomi yang rendah

-Kurang keupayaan menguruskan masalah (poor coping skills)

Kesan Psikologi

Mangsa bencana kerap mengalami kesan perubahan-perubahan dari segi mental, emosi dan fizikal. Perubahan ini secara amnya adalah reaksi semulajadi yang normal. Antara tanda-tanda perubahan adalah seperti berikut:

-Kegelisahan

-Sentiasa cemas dan bimbang

-Murung

-Kecelaruan emosi

-Gangguan tidur

-Gangguan selera makan

-Hyperausal 

-Gangguan tumpuan 

-Fizikal symptom seperti sakit kepala, rasa mual, sakit dada

-Gangguan hubungan interpersonal

Cara Menghadapi Bencana

-Memastikan keselamatan diri dan keluarga

-Mengekalkan rutin harian sebaik mungkin

-Menjaga pemakanan dan ubatan 

-Menjaga kebersihan

-Kekal berhubung 

-Mengemaskini maklumat dari sumber yang dipercayai dan dipertanggungjawabkan

-Beribadah

-Melakukan relaksasi untuk kekal tenang

-Menjaga tidur

-Bantuan awal psikologi jika perlu

-Mendapatkan bantuan kaunseling jika perlu

-Mendapatkan nasihat dan rawatan jika perlu

Rujukan

1. Mental Health and Psychological Support Guideline MOH, Kementerian Kesihatan Mental.

2. Kesihatan Mental – www.myhealth.gov.my

Kejadian bencana boleh mengakibatkan trauma atau masalah kesihatan mental. Terdapat golongan yang lebih berisiko mengalami trauma akibat bencana. Kajian psikologi menunjukkan sebahagian besar Berjaya sembuh sepenuhnya daripada impak bencana. 

 

Langkah-langkah aktif perlu dilakukan bagi mengelakkan mangsa mengalami masalah kesihatan mental. Perubahan-perubahan emosi, mental dan fizikal dalam kebanyakan masa adalah reaksi yang normal dan bersifat sementara. Bantuan awal psikologi boleh membantu mangsa semasa bencana dan menggelakkan masalah kesihatan mental jangka panjang.

Skip to content