Hospital Permai Johor Bahru

kkk

Diet & Kesihatan Mental

Menurut kajian yang terbaharu, pola pemakanan seimbang merupakan salah satu faktor kepada kesinambungan kesihatan mental yang baik. Ia bukan sahaja dapat membentuk minda yang cergas malah dapat mencegah sesetengah penyakit mental seperti kemurungan, schizophrenia, ‘attention deficit disorder’, dan juga penyakit Alzheimer.  

Makanan & Kesihatan Mental

Makanan merupakan perkara asas kepada pembentukan sel-sel manusia. Daripada pemakananlah, tubuh badan manusia dapat menjana imunisasi badan yang stabil serta secara tidak langsung menghasilkan genetik yang baik. Hal ini, memberi kesan kepada tubuh badan bertindak balas terhadap stress. 

Selain daripada itu, berikut merupakan 3 hubungkait diantara makanan dan kesihatan mental

 

1. Penting dalam pembentukan otak 

Makanan yang penuh nutrisi merupakan asas kepada pembentukan blok-blok protein, enzim, tisu otak, penghantar impuls (neurotransmitter) yang digunakan untuk memberikan isyarat kepada seluruh tubuh badan manusia. 

 

2. Membantu dalam perkembangan otak 

Sesetengah nutrisi pemakanan digunakan untuk mempertingkatkan hubungan diantara sel-sel otak. Oleh itu, pemakanan yang tinggi nutrisi dapat memberi ruang kepada perkembangan tersebut. Manakala, pemakanan yang tinggi gula dan lemak tepu memberikan kesan yang sebaliknya. 

 

3. Menghasilkan bakteria baik dalam usus 

Radang pada asasnya terbentuk daripada bakteria jahat dan mampu memberi kesan secara tidak langsung kepada kognitif dan emosi seseorang. Justeru itu, penghasilan bakteria baik di dalam usus dapat mengurangkan radang yang terhasil di samping mempertingkat imunisasi badan. 

Kepentingan Makanan Seimbang untuk Kesihatan Mental

Individu yang mempunyai masalah mental sering kali mempunyai berat badan yang tidak seimbang. Ada di antaranya sentiasa berasa letih dan tidak berupaya melakukan aktiviti fizikal, malah ada yang sentiasa berasa lapar. Perkara ini terjadi disebabkan oleh penyakit yang dialami atau kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud ubat-ubatan perlu dihentikan secara terus akan tetapi pengenalan kepada pemakanan seimbang dengan mengamalkan gaya hidup sihat adalah lebih diutamakan.   

 

Kestabilan mood dan perasaan yang sihat dapat dipastikan dengan pola pemakanan seimbang yang mengandungi porsi karbohidrat, lemak, asid amino, vitamin dan garam mineral. Pemakanan sihat hendaklah diamalkan dengan rawatan yang telah dicadangkan oleh doktor. 

Skip to content