Untuk mendiagnosis gangguan tingkah laku, sekurang-kurangnya terdapat empat daripada gejala berikut iaitu:
-Perilaku agresif terhadap orang lain dan haiwan
-Sering terlibat dalam pergaduhan fizikal dengan orang lain
-Menggunakan senjata untuk mengancam orang lain
-Sengaja melakukan kekejaman fizikal terhadap orang lain
-Sengaja melakukan kekejaman terhadap haiwan
-Terlibat dalam jenayah berat , contohnya rompakan
-Telah melakukan aktiviti seksual secara paksa ke atas orang lain
-Pembakaran harta benda
-Merosakkan harta benda dengan pelbagai cara
-Telah terlibat dalam pencurian runcit tanpa konfrontasi, contohnya mencuri barang di kedai
-Mengabaikan waktu pulang yang ditetapkan oleh ibu bapa sebelum usia 13 tahun
-Melarikan diri dari rumah sekurang-kurangnya dua kali
-Sering tidak hadir ke sekolah sejak sebelum mencapai usia 13 tahun tanpa alasan yang munasabah