Hospital Permai Johor Bahru

kkk

Kesihatan Fizikal & Mental

Kesihatan mental adalah sama penting seperti kesihatan fizikal dalam mengimbangi perjalanan kehidupan seseorang individu. Kedua-dua kesihatan mental dan fizikal mempunyai kesan kepada semua peringkat umur dan saling memerlukan serta penjagaannya tidak boleh diasingkan. Sepertimana, kita menjaga kesihatan fizikal dengan baik seperti melakukan senaman, menjaga pemakanan dan mendapat saringan serta rawatan, kesihatan mental juga memerlukan penjagaan yang rapi agar kekal sihat dan sebaliknya. 

 

Pesakit yang menghidapi penyakit fizikal kronik berisiko seperti kanser dan masalah penyakit saraf mempunyai lebih 50% untuk mendapat masalah kesihatan mental. Begitu juga mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental akan mempunyai risiko masalah kesihatan fiizikal yang tinggi. 

Kesan Masalah Kesihatan Fizikal Kepada Kesihatan Mental

-Masalah  kebimbangan

-Resah

-Murung

-Hilang keyakinan diri dan harapan

-Kecelaruan pemikiran

-Hilang fokus

-Gangguan tidur

-Gangguan selera makan

-Hilang minat dan semangat

-Cepat marah

-Masalah ketagihan

Kesan Masalah Kesihatan Mental Kepada Kesihatan Fizikal

-Darah tinggi

-Kencing manis

-Penyakit jantung

-Masalah berat badan

-Risiko menghidapi kanser

-Sistem immuniti yang lemah

 

Faktor Mempengaruhi Kesihatan Fizikal & Kesihatan Mental

Cara Hidup Sihat

Bersenam

-Kekal aktif merupakan satu cara yang baik untuk kekal sihat pada setiap peringkat umur. Individu yang aktif melakukan senaman secara konsisten lazimnya mempunyai kesihatan tubuh badan dan kesihatan mental yang baik.

-Secara amnya, individu yang mempunyai masalah kesihatan mental kurang melakukan aktiviti fizikal dan aktif. Ini secara langsung meningkatkan masalah kesihatan fizikal seperti masalah metabolik, kencing manis, darah tinggi dan jantung.

-WHO mencadangkan aktiviti fizikal dilakukan sekurang-kurangnya 150 sehingga 300 minit aktiviti fizikal sedarhana atau 75 sehingga 150 minit aktiviti fizikal intensiti aerobik dalam seminggu bagi individu dewasa.

 

Menjaga pemakanan

-Pengambilan makan yang seimbangan merupakan sebahagian cara gaya hidup yang baik. Selain daripada ia boleh mengekalkan tahap kesihatan fizikal yang baik, ia juga penting untuk kesihatan mental.

-Pemakanan yang seimbang boleh dilakukan dengan mengambil makanan pada waktu yang teratur, pilihan makan harian berasakan piramid pemakanan serta rendah gula, garam dan lemak.

 

Tidak merokok dan mengambil dadah

-Merokok merupakan punca nombor satu kematian awal dan penyakit terutamanya penyakit jantung dan paru-paru di dunia. Merokok mempunyai impak yang negatif terhadap kesihatan kedua-dua mental dan fizikal secara langsung atau tidak langsung.

-Di Malaysia, hampir satu per empat golongan dewasa merokok tembakau dengan jumlah purata sebanyak 14 batang sehari. 40% lagi golongan dewasa terdedah menjadi ‘secondhand smoker’ .

-Sebanyak 48% individu yang mengalami masalah kesihatan mental merupakan perokok berbanding 21% individu yang tidak mengalami masalah kesihatan mental.

-Tidak mengambil dadah juga merupakan satu cara gaya hidup yang baik.

 

Menguruskan tekanan

-Tekanan atau stres merupakan satu fenomena yang normal. Tekanan perlulah diurus dengan baik bagi mengelakkan masalah jangkamasa pendek dan panjang terutamanya terhadap kesihatan badan dan mental.

-Asas pengurusan tekanan adalah amalan gaya hidup yang sihat dan kekal tenang.

Skip to content