Hospital Permai Johor Bahru

kkk

Kesihatan Mental di Sekolah

Sekolah adalah persekitaran semulajadi untuk menyokong kesihatan mental. Kanak-kanak dan remaja menghabiskan majoriti masa di sekolah. Sekolah memainkan peranan penting dalam menyokong pelajar-pelajar dengan menyediakan persekitaran semulajadi yang selamat tanpa stigma. Sekolah juga tempat dimana kanak-kanak, belia dan keluarga mempunyai akses kepada pencegahan, intervensi awal dan rawatan melalui program kesihatan berasaskan sekolah. 424000 kanak-kanak didapati mempunyai masalah kesihatan mental di Malaysia.

Faktor Mempengaruhi Kesihatan Mental di Sekolah

Faktor-faktor yang menyumbang kepada kesihatan mental sekolah: 

-42.9% Masalah rakan sebaya

-15.9% Masalah tingkah laku

-8.3%   Masalah emosi

-2.3%   Masalah hiperaktif

 

Kanak-kanak yang berisiko mengahadapi masalah kesihatan mental sekolah:

-9.5% 10 hingga 13 tahun

-9.4% Pendapatan isi rumah B40

-8.8% Penduduk luar bandar

-8.4% Perempuan

Langkah-langkah Penjagaan Kesihatan Mental di Sekolah

1. Pendidikan 

Mendidik pelajar tentang tanda dan gejala masalah kesihatan mental

 

2. Persekitaran

Mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra kesihatan mental

 

3. Pengajaran

Menerapkan nilai-nilai kesihatan mental yang positif sepanjang proses pengajaran

 

4. Guru

Menyediakan guru dengan pendidikan tentang cara-cara menyokong pelajar yang bergelut dengan masalah kesihatan mental

 

5. Komunikasi

Menggalakkan pelajar bercakap tentang perasaan atau masalah mereka

 

6. Kemahiran mengatasi masalah

Mengajar kemahiran daya tindak kepada pelajar seperti penyelesaian masalah

 

7. Keluarga

Melibatkan ahli keluarga.

Memastikan mereka mendapat sokongan dan bimbingan untuk menyokong anak mereka

 

8. Rujukan

Memastikan sistem rujukan yang baik untuk membantu pelajar yang bergelut

 

9. Daya tahan 

Menggalakkan autonomi, membina keyakinan dan harga diri

 

10. Rakan sebaya

Memastikan pelajar yang lebih tua menyokong dan memberi tunjuk ajar yang sewajarnya kepada pelajar yang lebih muda di sekolah

 

11. Penjagaan diri

Amalkan penjagaan diri bersama pelajar seperti senaman pernafasan sebelum kelas bermula

 

12. Fizikal

-Menggalakkan kesejahteraan fizikal

-Memastikan pelajar bersenam dan mengambil makanan seimbang

Skip to content