Kesihatan mental adalah penting pada setiap peringkat kehidupan anda. Kesihatan mental anda mungkin mengalami perubahan sepanjang hidup anda. Mengenali tentang kesihatan mental adalah penting dalam setiap peringkat kehidupan anda.
Perkembangan masa kanak-kanak
Masa perkembangan kanak-kanak adalah masa yang penting untuk membina kesejahteraan mental. Jika anak perempuan anda menunjukkan tanda-tanda masalah, dapatkan bantuan segera. Ia bukan sahaja boleh membantu dia berasa lebih baik, tetapi ia juga boleh membantu mengelakkan masalah pembelajaran serius atau masalah sosial.
Gadis muda perlu membina tabiat kesihatan mental yang baik. Sekolah adalah satu tempat untuk belajar tabiat-tabiat yang baik. Sukan dan permainan yang kompetitif, kelab yang dapat membantu orang lain, dan seni juga boleh membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran untuk kesihatan mental yang lebih baik.
Kanak-kanak perempuan memerlukan kawan seusia mereka, tetapi mereka juga memerlukan orang dewasa yang boleh dipercayai, hormati dan dipandang tinggi. Jika anda seorang ibu bapa, rakan atau mentor seorang gadis muda, bersembang dengannya setiap hari.
Jadilah pendengar yang baik. Tunjukkan sokongan dengan menghadiri ke aktiviti sekolah dia. Cari perkara yang anda suka lakukan bersamanya dan bersembang semasa anda melakukannya. Jadilah teladan yang baik dan membantu dia memilih kawan yang baik.

Perkembangan masa remaja
Masa remaja berada pada batas peralihan kehidupan anak dan dewasa. Tubuhnya tampak sudah “dewasa”, akan tetapi bila diperlakukan seperti orang dewasa remaja gagal menunjukan kedewasaannya.
Ia juga merupakan masa yang mengelirukan. Semasa akil baligh, perubahan tahap hormon boleh menjejaskan mood remaja. Remaja perempuan mungkin berisiko lebih tinggi untuk mengalami kemurungan atau keresahan.
Walaupun anak perempuan anda tidak menghadapi masalah, interaksi dan komunikasi adalah penting. Pastikan perbualan secare terbuka untuk anak perempuan meluahkan perasaan dia. Anda boleh memberitahu dia bahawa anda mencintainya. Ingatkan dia bahawa selalunya perkara kelihatan buruk akan berlaku, tetapi perkara tersebut boleh menjadi pengalaman kehidupan untuk masa hadapan. Beritahu dia bahawa anda sentiasa di sisi dan sedia membantu. Senaraikan orang dewasa yang dia boleh menghubungi dalam kecemasan seperti saudara lain, ibu bapa kawannya, kaunselor sekolah, guru atau jiran yang dipercayai.

Kehamilan
Kehamilan boleh menjadi masa yang menggembirakan untuk seorang wanita. Walau bagaimanapun, sesetengah wanita boleh mengalami perasaaan sedih, takut, atau kehilangan kawalan dalam hidup. Anda mungkin bimbang tentang kos tambahan dan tanggungjawab yang bakal datang sebagai seorang ibu. Terdapat banyak perubahan yang berlaku semasa kehamilan – perubahan dalam tabiat pemakanan, berat badan, dan bentuk badan. Terdapat juga perubahan dalam hormon yang boleh menjejaskan tahap tenaga dan mood anda.
Pada tahun pertama selepas bersalin, 60 hingga 80 peratus ibu berasa “baby blues.” Mereka sedih tanpa tahu kenapa. Kira-kira 1 dalam 10 ibu mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin yang lebih serius.
Jangan simpan perasaan ini untuk diri sendiri. Dapatkan bantuan jika anda berasa tertekan atau resah semasa mengandung atau selepas bersalin. Mencegah atau merawat kemurungan membantu anda dan anak anda.

Menopaus Dan Pertengahan Umur
Menopaus dan pertengahan umur membawa perubahan kepada badan dan kesihatan mental anda. Perubahan tahap hormon boleh menyebabkan perubahan mood. Ibu bapa yang semakin tua, anak-anak meninggalkan rumah, atau penyakit serius seseorang yang anda sayangi sering menambah tekanan pada masa ini.
Bina cara untuk mengatasi tekanan, cari persahabatan yang positif, dan sesuaikan diri dalam aktiviti yang anda gemari. Jaga diri anda dan berwaspada terhadap tanda-tanda masalah kesihatan mental. Minta bantuan jika anda rasa anda memerlukannya.
Untuk menggalakkan kesihatan mental yang baik, teruskan senaman badan dan minda anda. Lakukan aktiviti yang anda gemari, eratkan persahabatan, hobi dan hubungan kekeluargaan. Ingatlah untuk bersenam dan makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kacang. Membaca, bermain kad, berkebun atau aktiviti lain yang membantu mengekalkan minda anda.
