abc-01

Keyakinan Diri

Keyakinan diri adalah cara kita melihat dan menilai diri sendiri. Ia berdasarkan kepercayaan dan pendapat kita sendiri, yang barangkali sukar diubah. 

Orang yang Berkeyakinan

-Menyayangi dan menghargai dirinya

-Dapat membuat keputusan dengan sendiri

-Tahu kelebihan diri

-Ingin mencuba pekara baru/pekara yang sukar

-Berlaku baik pada diri sendiri

-Tidak menyalahkan diri sendiri tanpa adil jika berlaku sebarang kesilapan

-Sentiasa ambil masa untuk diri sendiri

-Percaya dirinya penting dan cukup berharga

-Percaya dirinya berhak memiliki kebahagiaan

Faktor Keyakinan Diri Berkurang

-Dibuli/didera

-Menerima syak wasangka,diskriminasi/stigma,  disisihkan akibat isu perkauman

-Kehilangan pekerjaan/dalam proses mencari kerja

-Krisis di tempat kerja/sewaktu pengajian

-Masalah kesihatan fizikal

-Masalah kesihatan mental

-Isu perhubungan, penceraian

-Masalah kewangan, masalah perumahan

-Kerisauan tentang penampilan diri dan imej 

-Tekanan untuk menepati jangkaan yang tidak realistik seperti meniru gaya hidup di media sosial.

Masalah Kesihatan Mental

Apakah Masalah Kesihatan Mental Yang Berkait Rapat Dengan Individu Yang Kurang Berkeyakinan Diri?

 

-Kebimbangan (Anxiety)

-Kemurungan (Depression)

-Fobia (PHOBIA) 

Cara Meningkatkan Keyakinan Diri

1.Sayangi diri anda

-Kenapasti diri anda

-Sentiasa beri kata-kata positif pada diri anda

-Katakan tidak, jika perlu, untuk situasi yang anda tidak dapat bantu.

 

2. Kenalpasti aspek positif

-terima pujian dengan hati terbuka

-tanya apa yang orang suka pada kita

-senaraikan kelakuan positif anda.

 

3. Bina kumpulan sokongan

-fokus pada hubungan yang positif dan membina

-luangkan masa bersama orang yang buat anda rasa berkeyakinan diri

 

4. Terapi

-dapatkan khidmat kaunseling atau terapi bila perlu.

 

5. Sentiasa cabar diri anda

– menceburi bidang/aktiviti yang baru

-tetapkan matlamat yang kecil dan mudah tercapai dahulu.

 

6. Jaga kesihatan diri

-minum air yang secukupnya

-bersenam

-pemakanan sihat 

-elakkan dadah merbahaya dan alcohol