Perasaan Murung
Gejala utama adalah perasaan murung yang berterusan dan berpanjangan. Berasa sedih adalah normal jika berdepan dengan situasi yang negatif, kehilangan dan bermasalah. Walaubagaimanapun kesedihan penyakit kemurungan adalah luar biasa dan berbeza berbanding kesedihan yang biasa.
Hilang Minat
Pesakit yang terkesan daripada kemurungan yang berpanjangan lebih cenderung untuk hilang semangat dan minat terhadap aktiviti yang disukai
Selera Makan
Gangguan selera makan samada berkurangan atau berlebihan sehingga mengganggu berat badan dalam tempoh masa yang singkat.
Masalah Tidur
Gejala masalah tidur adalah antara yang kerap akan berlaku. Individu mungkin mengalami masalah kurang tidur atau insomnia, atau terlebih tidur.
Tenaga
Individu yang terkesan mungkin mengalami masalah gangguan tenaga, mudah penat dan selalu letih.
Fikiran Pesimis
Ini dicorakkan dengan sering mempunyai perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan perbuatan dan mudah berfikiran tiada harapan dan tidak berguna
Konsentrasi
Gejala ini dicorakkan oleh gangguan konsentrasi atau fokus sehingga menjejaskan aktiviti harian
Bunuh Diri
Individu yang terbabit dengan kemurungan mungkin mengalami pemikiran keinginan untuk mati atau bunuh diri atau mempunyai tingkahlaku untuk membunuh diri
Fungsi Psikososial
Gejala-gejala ini kerap mengganggu fungki harian individu samada dari aspek rohani, sosial atau pekerjaan.