Hospital Permai Johor Bahru

kkk

Merokok

Smoking atau merokok merupakan satu tabiat menghisap asap daun tembakau samada menggunakan rokok, paip, curut, hoookahs atau bongs. Merokok boleh memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan dan tubuh perokok. 

Masalah kesihatan akibat merokok merupakan punca utama kematian di dunia.

Ketagihan Rokok

Ketagihan merokok adalah disebabkan kandungan NIKOTIN di dalam rokok. Nikotin merupakan sejenis neurokimia yang mempunyai kesan terhadap emosi dan fokus serta mengurangkan kemarahan dan tekanan. Nikotin juga mengurangkan ketegangan otot.

 

Disebabkan pengambilan nikotin secara berkala ini, sel-sel otak akan mengalami perubahan yang boleh menyebabkan symptom penarikan (withdrawa) jika pengambilan nikotin dikurangkan. Simptom penarikan ini boleh menyebabkan tekanan yang tinggi dan berlaku perubahan emosi. Dalam keadaan tertentu, disebabkan gejala penarikan ini, perokok akan meneruskan tabiat merokok akibat ketagihan kepada nikotin.

Merokok & Kesihatan Mental

Kematian

-Satu daripada lima kematian di dunia adalah berpunca daripada tabiat merokok

-Jumlah kematian disebabkan merokok adalah lebih tinggi berbanding jumlah kematian kesuluruhan disebabkan:

  *HIV

  *Penyalahgunaan dadah

  *Kemalangan 

  *Penggunaan alcohol

-90% punca kanser paru-paru adalah berpunca daripada tabiat merokok

-Merokok menyumbang kepada 80% punca kematian disebabkan penyakit pernafasan kronik.


Risiko Kesihatan

-Perokok adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah penyakit jantung, angin ahmar dan kanser paru-paru.

-Merokok menyebabkan kemerosotan tahap kesihatan, peningkatan ketidakhadiran kerja dan penambahan penggunaan dan kos penjagaan kesihatan.



Penyakit Kardiovaskular

-Merokok adalah punca utama angin ahmar (stroke) dan serangan sakit jantung.

-Merokok boleh menyebabkan salur darah tersumbat dan menebal. Ini akan seterusnya menyebabkan jantung bekerja dengan lebih kuat dan tekanan darah meningkat.

-Kerosakan salur darah boleh menyebabkan pembentukan darah beku yang boleh membuat sumbatan keseluruhan dalam salur darah pada jantung dan otak. Sumbatan salur darah juga boleh berlaku pada kulit dan kaki.



Kanser

-Merokok boleh menyebabkan kanser pada hampir semua organ di badan perokok seperti:

  *Pundi kencing

  *Darah 

  *Pangkal Rahim

  *Mulut dan tekak

  *Usus dan perut

  *Buah pinggang

  *Hati 

  *Paru-paru

  *Trakea dan bronkus


Masalah Kesihatan Fizikal Yang Lain

-Masalah kesuburan di kalangan wanita. Merokok meninggikan risiko untuk kelahiran pramatang, kematian fetus dalam rahim, berat badan kelahiran yang rendah dan masalah kecacatan bayi.

-Merokok juga mengganggu kesuburan perokok lelaki.

-Merokok menyebabkan masalah mulut dan gusi.

-Merokok meninggikan risiko katarak (selaput mata).

-Perokok mempunyai tulang yang rapuh berbanding bukan perokok.

-Risiko menghidapi kencing manis adalah hamper 40% lebih tinggi di kalangan perokok.

 

Merokok adalah satu tabiat yang biasa di kalangan individu yang mempunyai masalah kesihatan mental. Dalam sebilangan individu, tabiat merokok merupakan satu cara untuk merawat sendiri gangguan kesihatan mental yang dialami seperti anzieti, kemurungan atau tekanan perasaan. Individu yang menghidapi kemurungan pula adalah dua kali lebih berkemungkinan untuk merokok berbanding yang tidak mempunyai kemurungan. Tabiat merokok juga adalah lebih kerap berlaku pada individu yang menghidapi skizofrenia. Merokok juga adalah tidak asing dikalangan jenis penyakit psikiatri kronik yang lain.

 

Kesimpulannya, merokok tabiat yang selalu dihadapi dikalangan mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental.

Cara Berhenti Merokok

TIPS BERHENTI MEROKOK

Merokok boleh mengakibatkan kesan yang buruk kepada kesihatan dan tubuh perokok. 

 

Ramai perokok yang ingin berhenti merokok dan ada yang ingin membantu orang kesayangan daripada merokok. Berikut merupakan TIPS yang boleh membantu  untuk berhenti merokok. TIPS berhenti merokok perlu dirangka dengan baik dan bersesuaian dengan keperluan peribadi.

 

1. MENGENALPASTI DAN MEMAHAMI MASALAH TABIAT ROKOK ANDA 

 

SEBAB UNTUK BERHENTI

  *Setiap perokok mempunyai motivasi tersendiri untuk berhenti merokok. Antara punca untuk berhenti merokok termasuklah:

     -Kesihatan

     -Kewangan

     -Kesukaran untuk merokok secara bebas

     -Demi keluarga

     -Meningkatkan kualiti kehidupan

 

KENALPASTI CORAK PENGAMBILAN ROKOK ANDA

*Kenalpasti keunikan rutin tabiat rokok anda

*Memahami situasi yang boleh merangsang dan mengurangkan pengambilan rokok anda

 

KENALPASTI FAEDAH JIKA BERHENTI MEROKOK

*20 minit pertama selepas berhenti

     -Denyutan jantung Kembali normal

*12 ke 24 jam selepas berhenti

     -Risiko serangan jantung menurun 

     -Kandungan karbon monoksida di dalam darah menjadi normal

*2 minggu ke 3 bulan selepas berhenti

     -Risiko serangan jantung menurun

     -Fungsi paru-paru meningkat

*1 tahun selepas berhenti

     -Risiko penyakit jantung menurun 50% berbanding semasa menjadi perokok

*5 tahun selepas berhenti

     -Risiko serangan strok / angin ahmar menurun

     -Risiko kanser mulut, tekak, oesofagus menurun

*10 tahun selepas berhenti

     -Risiko kematian disebabkan kanser paru-paru, pundi kencing, pangkal rahim, pancreas, buah pinggang menurun

     -Risiko penyakit jantung menurun dan sama seperti mereka yang tidak merokok. 

 

DAPATKAN RAWATAN DARIPADA DOKTOR

*Sekiranya anda ingin berhenti merokok, anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor di mana-mana fasiliti kesihatan.

*Terdapat beberapa perawatan ubatan yang boleh membantu anda berhenti merokok. 

*Perawatan ubatan ini boleh membantu mengurangkan simptom withdrawal atau penarikan.

 

2. STRATEGI

 

BERHENTI, bukan TUKAR

     -Sesetengah perokok beranggapan penggunaan e-rokok atau vape boleh membantu dalam proses berhenti merokok.

     -E-rokok atau vape membawa risiko kesihatan yang sama dan tidak membantu dalam proses berhenti merokok.

     -Ingat, BERHENTI BUKAN TUKAR !!!

 

KEKAL FOKUS PADA MOTIVASI BERHENTI MEROKOK

Motivasi untuk berhenti merokok mungkin akan berubah-ubah sepanjang proses anda berhenti merokok. 

     -INGAT SEBAB ANDA BERHENTI MEROKOK

     -Yakin anda akan berjaya dalam mencapai matlamat anda.

 

DAPATKAN RAWATAN DARIPADA DOKTOR

     -Sekiranya anda ingin berhenti merokok, anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor di mana-mana fasiliti kesihatan.

     -Terdapat beberapa perawatan ubatan yang boleh membantu anda berhenti merokok. 

     -Perawatan ubatan ini boleh membantu mengurangkan simptom withdrawal atau penarikan disebabkan kesan nikotin.

 

MENGENDALIKAN TEKANAN DENGAN BAIK

Kebanyakan perokok menggunakan tabiat merokok untuk mengendalikan tekanan dan emosi yang tidak selesa. Untuk berhenti merokok, anda perlu melatih diri untuk mengendalikan dan menguruskan tekanan dengan baik. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah:

     -Menjalankan gaya hidup sihat

     -Melakukan aktiviti fizikal

     -Menjaga diet

     -Melakukan relaksasi secara berkala

     -Bermeditasi

     -Menjaga hubungan sosial

     -Menjaga rutin tidur

     -Mempunyai rutin harian yang baik

     -Mempunyai hobi

     -Menambahkan pengetahuan atau mempelajari sesuatu kemahiran yang baru

 

LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN RELAPS

     -Belajar daripada pengalaman yang lepas.

     -Belajar untuk mengatakan tidak dan berterus-terang berkenaan misi berhenti merokok anda.

     -Dapatkan rawatan perubatan bagi membantu anda mencapai matlamat berhenti merokok.

     -Apabila ada keinginan untuk merokok, sentiasa tenangkan diri dan tidak bertindak. INGAT: Keinginan itu akan berlalu samada anda merokok atau tidak.

 

PEMANTAUAN KENDIRI YANG BERTERUSAN

Rujukan

1. U.S. Department of Health and Human Services.The Health Consequences of Smoking—50 Years of Progress: A Report of the Surgeon General. Atlanta: U.S. Department of Health and Human Services, Centers for Disease Control and Prevention, National Center for Chronic Disease Prevention and Health Promotion, Office on Smoking and Health, 2014 [accessed 2017 Apr 20].

 

2. U.S. Department of Health and Human Services. How Tobacco Smoke Causes Disease: What It Means to You. Atlanta: U.S. Department of Health and Human Services, Centers for Disease Control and Prevention, National Center for Chronic Disease Prevention and Health Promotion, Office on Smoking and Health, 2010 [accessed 2017 Apr 20].

 

3. https://www.cdc.gov/tobacco/data_statistics/fact_sheets/health_effects/effects_cig_smoking/index.htm

Skip to content