ODD ialah tingkah laku yang menentang dan bermusuhan yang tidak bekerjasama secara berterusan terutamanya terhadap pihak atasan yang berkuasa seperti ibu bapa dan guru sehingga mengganggu aktiviti harian.
1. Ringan – Berlaku pada satu keadaan/ketetapan
2. Sederhana – Berlaku pada dua keadaan/ketetapan
3. Teruk – Berlaku pada tiga atau lebih keadaan/ketetapan
(e.g; rumah, sekolah, tempat kerja, dengan kawan-kawan)
*ODD teruk boleh menyebabkan gangguan tingkah laku (Conduct Disorder)
-Hilang sabar
-Berdebat dengan orang dewasa
-Menentang secara aktif
-Mengganggu secara sengaja
-Menyalahkan orang lain atas kesilapan
-Mudah menjengkelkan
-Sering marah dan geram
-Dengki dan pendendam
-Tingkah laku yang dipelajari secara sosial
-Teori perkembangan
-Punca genetik
-Teori pembelajaran
-Terapi individu Dan keluarga
-Latihan kemahiran keibubapaan
-Latihan penyelesaian masalah kognitif
-Terapi interaksi ibu bapa dan anak
-Latihan kemahiran sosial
-Intervensi berasaskan sekolah
-Ubat-ubatan
Bagaimana ibu bapa boleh membantu kanak-kanak dengan ODD?
1)Menentukan jangkaan dan akibat yang jelas
-Berlaku adil dan saksama
-Memastikan kanak-kanak memahami setiap orang bertanggungjawab atas tindakan mereka
2)Menggunakan pujian dan ganjaran
-Mengakui tingkah laku positif
-Menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa pilihan mereka sama ada mencipta pengalaman positif atau negatif
3)Menetapkan sempadan
-Keengganan atau tidak bekerjasama dalam menjalankan tugas yang diberikan
-Menawarkan pilihan untuk menetapkan sempadan dan membentuk semula tingkah laku mereka
4)Mengesahkan perasaan
-Membantu meredakan kemarahan kanak-kanak sambil menjelaskan kepada mereka bahawa tingkah laku mereka tidak boleh diterima